Friday, December 18, 2009

Apa ada dalam Kaabah..

Sebenarnya..pada awalnya, aku sendiri pun tak pasti. Boleh ke tak ? Ada orang kata boleh..ada pulak kata tak boleh. Ada yang kata, ia menjadi rahsia antara kita dengan Allah, apabila kita telah melihat isinya. Tak boleh diceritakan kepada orang lain. Itu yang aku dengar dan mungkin ramai antara anda di luar sana jugak percaya. Tapi setelah aku buat study sendiri..aku dapati bahawa perkara itu tidak menjadi kesalahan. Bahkan maklumat ini ada disiarkan di beberapa blog yang lain ( lihat sini dan di sini,) yang lebih berautoriti. Ataupun anda boleh mengikuti perbincangan mengenainya di sini atau di sini.


Apa yang boleh aku petik, ' Kita sebagai umat islam tidak pentingkan apa yg ada dalam kabah, tapi apa yang kita kena pentingkan adalah..mendekatkan diri kepada TUHAN KABAH iatu ALLAH SWT yg MAHA KUASA. Yg salahnya ialah menceritakan tentang Allah, apa yg dia tak cerita tentang diriNya, atau pun menidakkan apa yg Dia cerita tentang diriNya... kerana itu aqidah kita sebagai ahli Sunnah wal jamaah iaitu beriman dgn TAUHID RUBUBIYAH, ULUHIYYAH DAN ASMA WA SIFAT yg mengisbatkan apa yg ALLAH sebutkan tentang diri Dia juga yg disebutkan oleh RasulNya saw tanpa ditakwil atau diputarbelitkan maksudnya '.


So..ikuti penerangan mengenainya, yang aku ambik terus dari salah satu blog yg aku sebutkan di atas...tanpa sebarang pindaan.


-------------------------------------------------------------------------------------


Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.


Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.




Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.






Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.


Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.


Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.


Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.


Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.


Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah



Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.


[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
________________________________________
Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press




-------------------------------------------------------------------------------------


Klip video yg seterusnya, anda boleh dapati dari sini...








Semoga kita mendapat sedikit manfaat dari entri yang disiarkan kali ini.




p/s Aku mengumumkan secara rasminya pelancaran BLOG TEMPLATE TERBARU utk blog aku. Lebih segar dan lebih besar..jugak lebih komersil. Semoga dengannya..aku akan lebih bersemangat utk berblog..sokongan dari anda di luar sana sangat2 aku harapkan. timakasih.


*** entri seterusnya pada Jumaat, 25 Dis 09 @ SELEPAS darinya..insyaallah. Dan..SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.

2 comments:

  1. Ziarah sahabat.. info dan blog yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. bagus lah info ni..aku sangat teruja bila tgk gambar dalam kaabah..sebenarnya akudah tgk dah video ni..mmg sesuatu yang tak disangka semua dapat melihat isi dalam kaabah tu.

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP