Aku tak nafi. Betol. Tak tipu. IPOH MALI, TALAK SOMBONG..TALAK TIPU PUNYER.. Memang aku suka kucing. Suka gitu2 jer lah. Itupun masa kecik2 dulu. Family punyer. Aku selalu ikatkan kertas putih atau kapas putih (ada ke kapas kaler hitam..? Alaaahhh..engko belasah jer lah labuuuuu..!! ) kat hujung lidi penyapu, lepas tu aku goyang2 kat depan kucing, mesti kucing akan meloncat loncat nak ngejar kapas tuh. Bila aku gosok2 pulak tengkok dia, mesti dia ralit, macam orang nak tidor atau macam orang tengah khayal lepas KENA TODI.
Betol..memang aku suka kucing. Tapi tak ler sampai tahap aku nak bela sendiri, nak jadikkan kawan. Mungkin sbb kucing tak berapa ganas kott.. Aku rasa, mungkin aku lebih sesuai kalau bela harimau bintang ke atau beruang kutub kottt.. Haaaa..baru nampak cool..
Dan sekarang..bila dah tua2 nih ( ehhhh...dah tua ke aku..? ), lagi ler aku malas nak bela. Bagi aku, cukup ler aku tumpang seronok, tengok orang lain punyer. Bukan sbb apa. Cuma takut aku tak mampu nak jaga sempurna. Aku pulak bukan jenis yg penyabar sangat pun. Tambah2 lagi, kes dera dah makin canggih aku tengok sekarang nih. Bukan takat main penampar atau penyepak jer..
Selama nih, mati2 aku ingat air panas boleh buat teh tarik jer..tapi sebenarnya boleh guna untuk tujuan lain gak rupanya. Sepanjang aku hidup..aku guna seterika nak bagi licinkan baju, seluar atau apa jer pakaian..bagi nampak hensem, bergaya..bila aku pakai gi kerja. Tapi aku silap. Rupa2 seterika panas boleh gak guna utk melicinkan muka..jugak membuang segala parut, panau dan kurap yg ada kat badan. Fuhhhh.. MULTI PURPOSE SUNGGUH fungsi seterika sekarang ni yer.. Ingatkan keta jer ada MPV(multi purpose vehicle)..seterika pun gitu gak yer.. Lembappp..ketinggalan betul aku nih...
Kes dera NIRMALA BONAT, memang tragis. Aku tak leh nak pikir macam mana seorang manusia boleh buat camtu. Pada aku..lebih binatang dari binatang tu sendiri. Binatang kalau jahat, ganas pun..sbb dia takde akal, tapi manusia...? Kalau tak suka ngan orang gaji tuh..apa lah salah, kalau pulangkan jer balik kat agensi dia, mintak tukar ngan yg lain..habis cerita. Tapi entahlah..kenapa agaknya yer dia sanggup buat macam tu. Jadik..dek kerana itu, memang patut sangat ler pun, binatang kena duk dalam kandang..12 tahun. YOU REALLY DESERVE IT.
So..mungkin kerana mengambik iktibar kes Nirmala Bonat ler..maka aku tak nak bela kucing kottt.. Aku takut, apa yang jadik kat dia, akan berulang pulak kat kucing aku tu nanti. Takut sungguh aku, kalau2 seterika panas brand National kat rumah aku ..ter cop pulak kat badan kucing tu. Tak pasal2 pulak nanti muka aku keluar kat TV3. Kes dera kucing. Fuhhhh...tak boleh aku nak bayang....
Ok lah. itu kes dera kucing. Dah habih. Apa yang aku nak bagitau kat sini..aku sendiri pun sekarang nih tengah kena dera gak. Kena dera perasaan dan jiwa, tapi aku tak tau nak ngadu kat sapa. Sebabnya..kucing jiran sebelah rumah aku nih, selalu sangat buat acara ziarah ke rumah aku. Tak kira masa. Boleh kata tiap2 hari. Datang bila2 masa jer dia suka. Walaupun dia masuk tak ketok pintu, tak bagi salam..aku tak kesah, aku masih boleh terima. Buat ler sesuka hati engko. Berekreasi lah engko sepuasnya. Tapiiiiiii..kenapa engko MELEPAS PUN KAT SITU JUGAKKK...!!! ENGKO INGAT RUMAH AKU NIH KOLAM TAKUNGAN NAJIS APEEE...!!! atau ENGKO INGAT AKU KEJA NGAN INDAHWATER KE APEEE...!!!
Masalah betul. Tak tau nak buat cam mana. Nak jer aku sound jiran aku tuh..tapi risau gak. Tambah lagi bila aku baca pasal kes pembunuhan 4 beranak kat Tampin beberapa hari lepas. Kesian aku kat family tuh. Yang kena bunuh tu pulak, ada yang hilang kepala.. Dannnnnn...aku tak boleh nak bayang kalau2 ia jadik kat aku..dan kepala aku pulak nanti dibawak RONDA2 SATU MALAYA.. Hishhh..ngeri aku... Biar ler aku memendam rasa...
So..apa agaknya yg engkorang akan buat kalau benda macam nih jadik kat engko. Sapa yang patut disalahkan. Sapa yang patut kene tenyeh. Kepala sapa yang patut aku sekeh nih..KUCING KE atau TUAN PUNYA KUCING ..agaknya..?
p/s Entri seterusnya pada JUMAAT, 15 Jan 09..insyaallah.
BELAJAR DARI KESILAPAN
2 weeks ago
sekeh je kepala kucing dan kepala tuannya sekali. Biar dua-dua rasa. Kucing tu tak tau pilih tempat, manakala tuannya tak pandai nak jaga dia punya kucing...
ReplyDeletewes... tu kucing ok lagi... bayangkan kalu encik hanjing? lagi tensen idup woooo.... mcm aku n.... tgk berusaha keras nak berhijrah.... chaiyok
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam..saya rasa cadangan ostad tu ler yg sebaik baiknye kottt....
ReplyDeletesalam..aku tak reti nak cakap..tapi kalau pikir2 balik, kalau ada anjing kat sebelah rumah..boleh gak tolong jaga rumah kita sekali..pencuri pun tak berani masuk. Tapi kalau bela kucing, pencuri masuk, kucing tu siap gesel2 kan kepala dia kat pencuri tu..macam ucapan alu aluan ler pulak..tu nak wat cam mana..???
ReplyDeleteckp ngn tuan kucing la en nasier...
ReplyDeletetakkan nak semelih kucing tu kott...
ni mesti kes rumah tak de pagar sebelah menyebelah ni..hahak tak pun pagar depan tak de..bro nasir agaknye belai2 die kowt bg mkn,jd la rumah bro tu tmpt penyinggahan utama dia..hahak
ReplyDeletehahaa.. klakar laa..
ReplyDeletecomey je kucing tu!
(^_^)
salam..tulaahh, aku ingat nak semelih jer kucing tuh..buat satay...hehehhehhh
ReplyDeletesalam..tak ler jugak..pagar depan tu aku siap buat 18 lapis lagi..pintu kebal kat bank pun kalah.. Dan biasanya, kalau dia boleh lepas semua halangan tuh, aku belanja ler dia teh tarik..haaaa...tu sbb dia rajin datang kottttt...ketagih teh tarik aku rupanya engko yaaaaa......hehehhehhhh
ReplyDeletesalam..kucing tu tak seberapa tuh. Sebenarnya, aku 88x, lagi comey dr dia...hehehhehhh..
ReplyDeleteBenda ni pernah terjadi kat saya. Kucing tak leh marah, sebab dia takde akal. Tuan kucing boleh kot dimarah. Tapi saya tak marah pun. Kucing tu tetap datang melepas kat rumah kita sebab dah ada 'bau' kat situ, walau pun kita dah basuh. Petuanya, curah tempat dia melepas tu dengan sebotol cuka, bior hilang bau, bio bau cuka satu hari kat rumah kita. Pastu, dia tak kan melepas kat situ lagi. Selamat mencuba. ^_^
ReplyDeletesalam..baru aku tau. Aku ingat nak cuba gak lah nanti. Selama ni pun mmg aku ada cuba petua lain. Orang bagitau. Jirus kws tu dgn minyak tanah. Mmg ler kucing tu hilang sekejap, selagi masih ada bau myk tnh tu..tapi, bila dah habih bau, dia dtg balik. Anyway, timakasih lah yer..
ReplyDeletesalam brader nasier, aku baru baca entri ni dan nak kongsi cerita sama. rumah aku pon dah dicop port buang najis oleh kucing2 jiran depan umah aku ni.. kucing yang membuang tu pulak comel2 belaka..bulu lebat2 tapi xsangka rupa yang cantek xbermakna perangai pon cantek. yang xtahan tu macam2 dah dibuat untuk hilangkan bau najis whiskis dia tuh termasuk letak batu/brg2 kat port tempat dia melepas, buleh pulak dia upgrade sikit buang depan pintu umah pulak tu.. memang xsekolah betol punya kucing... dh ilang akal cmne nak buat lagi ni... skrang ni makin banyak pulak pelaburan yang kucing2 tu buat... ayyoo
ReplyDelete