Sebenarnya entri nih dah lama aku tulis. Lebih kurang 3 minggu lepas. Tunggu masa nak publish jer. Masa tuh, aku masih di Pasir Putih, Kelantan, rumah mertua aku..tengah cuti. Cuti yang paling panjang aku rasa. Tak pernah lagi aku cuti panjang macam ni. Nak dekat 20 hari ler jugak. Walaupun begitu, kebanyakan hari dihabiskan kat rumah jer. Tak boleh nak gi mana. Keadaan tak mengizinkan. Adik ipar aku sakit. Tak tau sbb apa..
Adik ipar aku ni guru tadika. Dan betul2 di sebelah tadikanya tuh, ada sebuah lagi tadika lain. Dan mungkin disebabkan berebut anak murid atau jugak sebab lain mungkin, adik ipar aku nih 'dikenakan'. Itu yang aku diberitahu. Betul ke tak, aku tak tau. Sakit tu pulak pelik sikit. Bukan setiap masa. On & off. Bila masa ok, dia boleh gelak ketawa, pergi kerja macam biasa. Tapi bila tak ok, kadang2 sampai meracau racau, terjerit jerit menahan sakit. Dah banyak jugak tempat pergi berubat. Dah ramai jugak tok bomoh dan ostad yg datang kat rumah..tapi sampai sekarang masih tak betul2 ok gak lagi.
Mungkin belum jumpa yang serasi. Orang kata, nak sembuh sakit ni bukan mesti kena cari bomoh besar, yang mengaku hebat atau yang terkenal, tapi kena ikut rasi. Kalau tak rasi, tak jadi.
Apa yang dapat aku kata dari keadaan yang berlaku..itulah rupa sebenar manusia. Tak boleh lari dari sifat hasad dengki. RAMBUT SAMA HITAM tapi hati belum tau. Kadang2 orang yg kita tengok baik depan mata, kat belakang kita belum tentu. Kata orang bijak pandai..KITA SELALU LUPA APA YG KITA MILIKI, tapi KITA SERING INGAT APA YG ORANG LAIN ADA. Pikir2 kan..
Tapii..yang sebenarnya, aku tak berapa percaya ngan bomoh2 nih. Tambah lagi sekarang, macam2 bomoh putar alam. Bermacam dah aku dengar. Yang ambik kesempatan, terutama pada pesakit pempuan, pun ada. Yang banyaknya..menjadikan kerjaya tu sebagai sumber pendapatan. Sedangkan apa yang aku tau ( kalau salah tolong betulkan lah yer..), dalam ilmu perubatan Islam, kita tak boleh menetapkan sebarang bayaran tertentu atas bantuan yg diberikan.
Habih cerita tuh, kita balik semula kat cerita aku. Disebabkan oleh masalah tuh, maka aku tak boleh nak gi ronda2 sangat. Bukan maknanya tak pergi langsung. Cuma kena pilih hari2 yg keadaan adik ipar aku tuh ok. So, aku akan cerita tentang betapa UNIKNYA KELANTAN..samada dari segi makanan, tempat2 tumpuan yg menarik, peniaganya dan lain2 pada entri yg akan datang. Tungguuu...
p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT..insyaallah.
BELAJAR DARI KESILAPAN
2 weeks ago
manusia zaman skrg ni, selalu je nak bersaing itu yg bagusnya tapi...bila tak menang mula la bersaing secara tak sihat :) tak bole tgk org lain lebih sikit...
ReplyDelete