Friday, January 29, 2010

Sapa nak buat haji..MURAH JER NIH..!!!

Pertama sekali, sebelum aku teruskan tulisan aku kali ni, aku nak mintak maaf ler dulu sbb entri pada jumaat minggu lepas tak timbul2. Bukan apa. Bukan sbb takde bahan atau apa, tapi sbb internet service kat rumah nih lemah lembut sangat, sopan santun sungguh. Ngalah kan abang auww...Lambat dan lembap tu satu hal. Yang dah dapat connection pulak, kejap2 putus. Kejap ada..kejap takde. Dah macam biskut merry ler pulak.  Hishhh..tension betul aku...


Kalau tiba time teruknya, dia punya slow tu ngalahkan kekura. Nak bukak satu2 laman web tu berzaman.. Tambah lagi ler kalau laman tu banyak sangat letak segala macam gambar tok nenek. Itu nak letak. Ini nak gantung. Lagi ler berat. Alamatnya..sepenanak nasi jualah adanya..masa yg diambik untuk bukak laman tu keseluruhannya. Hishhh..bengang betul aku...


( ni kekura ke apa nih..dia punya leher dah macam zirapah jer aku tengok..!!! )


Sebenarnya, masalah ni bukan jadik kat Pasir Putih jer ( aku kat Kelate masa tuh..tengah cuti ) tapi keadaannya serupa gak kat kg aku, N 9. Mula dari siang, sampai ler ke tengah malam atau awal pagi. Service macam hampeh. Yelah, mungkin waktu tu ramai pengguna kot... Kalau nak dapat service yg ok, kena ler bangun pukul 4, 5 pagi..haaa, baru ler dapat buat keja sikit. Tu sbb kalau engkorang tengok balik kebanyakan entri aku yg lepas2, tu ler pun, time nya aku post entri aku..


Bila sebut bangun awal pagi sangat nih, walaupun bukan selalu...sebenarnya ada jugak baguih nya.  Yelah..mungkin tuhan nak bagi peringatan kot. Kalau selama nih bangun pukul 3, 4 pagi sbb nak tengok bola, England vs Perancis atau Brazil vs Argentina masa Piala Dunia..mungkin kali nih Dia nak suruh aku buat Qiamullail ler pulak kot. Ye ler...dah lama sangat dah tak buat nih...




Sama jugak dengan orang yg suka sembang, gebang atau duk bersidai kat kedai kopi dari pagi sampai petang tuhhh... Bukan semuanya tak baguih. Tak elokkk.. Kalau engkorang tengok betul2, sebenarnya ada jugak kebaikan yg tersirat. Pada aku, diorang nih memang hebat sungguh. Takde sapa boleh ikut. Bukan calang2 orang boleh buat. Iman teguh, ampuh sungguh. Yelah..dengan modal secawan kopi jer kadang2,  diorang ni mampu BUAT HAJI  tiga empat kali sehari . Belanja pun murah jer..tak payah pakai ribu2. Kan pakcik kannnnn... hehehhehee..


( Bergaya betul cik abang nih. BUAT HAJI siap pakai tie lagi. Yang pakcik2 tu pulak, tekun betol nengok praktikal orang tengah MENGERJAKAN HAJI.. mana tau nanti ada seru pulak kottt...hehehehhhh)
(gambar sekadar hiasan)


p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT atau selepas darinya..insyaallah. 

Friday, January 15, 2010

Aku bayar penuh..TAKKAN MASUK SUKU JER..!!!

Nogori Sombilan memang best. Negeri aku. Negeri beradat, yg terkenal dengan Adat Perpatihnya. Aku bangga menjadi salah seorang penghuninya. Kehebatannya tambah terserlah setelah ia belasah Kelantan 3 - 1 dalam final Piala Malaysia yang baru  lalu. Manis sungguh kenangan tuh..


Kebetulan masa game tuh, aku di Kelantan, kat rumah mertua aku..balik cuti. Pada awal perlawanan, aku diam je, tak banyak bersuara. Maklum ler aku sorang, diorang pulak ramai. Lagipun aku tak jangka N 9 boleh menang pun. Bukan aku jer cakap. Semua orang pun kata macam tuh. Tapi bila N 9 mula dapat gol pertama..aku mula aggresif. Melilau satu rumah. Tak senang duduk. Aleh2..bermula saat itu sampai game tamat..rumah mertua aku tuh dah jadik macam rumah mak bapak aku sendiri. Yang dengar hanya suara, jerit aku jer. Suara sumbang lain dah hilang. Adik ipar, biras, mak pak mertua aku semua dah takde. Dah hilang. Aku tak tau diorang gi mana. Mungkin diorang semua tengah angin kotttt..ngan player Kelantan ke atau ngan aku, aku tak tau...




Lepas game habih, aku bancuh sendiri teh tarik, hidang kat diorang..nak pujuk hati ler kononnn.. Tapiii, diorang kata teh tarik yang aku buat tuh pahit, dah tu pulak tak cukup susu..rasa tawar. Sedangkan tadi aku rasa, memang dah sedang2 elok pun..memang kow.  Kalau biasa mamak tarik atas bawah, aku siap tarik sisi, kiri ke kanan lagiii. Dia punya buih..fuhhhh, tak payah cakap..menggunung sampai meleleh leleh keluar.  Tapiiiii...kenapa diorang cakap macam tu. Aku keliru. Tak tau. Tapiiiii...oooooooOO...baru aku pahammm.. Fuhhhhhh...angin sungguh rupanya diorang ngan aku. Tapiii..takkan ler sebab kalah teruk, sampai  TEH TARIK AKU PUN RASA TAWAR PULAK KOTTTTT.. tak patut sungguh diorang nih..hehehehhhh...


Nogori Sombilan memang hebat. Sehebat namanya yang merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor ( sumber disini ).






Memang hebat N 9. Sehebat adat dan budayanya. Disanjung tinggi mungkin oleh seluruh penduduk negerinya, termasuk aku.. Tapiii..tak ler sampai sanggup aku nak kata..' BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT '..walaupun ia sekadar perumpamaan. Perumpamaan yg kononnya melambangkan keteguhan berpegang pada adat. Pada aku, tak kena langsung. Aku rasa lebih sesuai kalau ditukar jadik, ' BIAR MATI ADAT YG MENYIMPANG, ASAL JANGAN MATI ANAK, WALAUPUN YG PERANGAINYA MACAM CIPAN '. Aku rasa2 ler...


Dannnn..bila aku cakap macam tu..jangan ler harapnya orang diluar sana takut pulak nak kawin ngan pempuan N 9 nih. Aku cakap macam tu sbb aku pernah dengar orang cakap, ' kalau engko kawin ngan orang N 9, kena hati2 skit. Takut papa..muflis, sebab semua harta jatuh kat orang pempuan.


Sebenarnya, itu salah faham jer. Tak perlu risau sbb ada benda lain lebih penting yg perlu dirisaukan... Yang betulnya dalam Adat Perpatih nih, semua harta yg dikatakan jatuh kepada orang pempuan tu, hanyalah Harta Pusaka yg diwarisi drp keluarga pempuan tu sendiri. Harta Sepencarian yg dikumpul bersama sepanjang tempoh perkahwinan pulak, akan dibahagi antara suami isteri, sementara Harta Bawaan, ie.harta milik suami yg dibawa sebelum berkahwin menjadi hak suami sepenuhnya. Weiiii...tak cantik ke adat tuhhh...


Bila cerita bab N 9 nih pulak, tak boleh lari dari bercakap tentang SUKU nya. Orang yg nak kawin ngan orang N 9 kena masuk suku dulu. Ada ler caranya. Dan bab selepas tu ler, yg merupakan bahagian penting yg lebih perlu engkorang bimbangkan, spt yg aku cakap kat atas tadi. Aku siap highlight merah lagi. Aku cakap macam tu sbb aku ada dengar orang merungut, cakap,  ' Aku bayar maskawin penuh, aku bayar hantaran penuh, semua aku bayar penuh..tapi bila sampai masa nak buat ' projek mega' (aku tak nak ler ulas panjang2, paham2 sendiri udah ler yer.. Kalau tak paham jugak, meh sini aku sekeh kepala tu sekali..nak bagi pahammm.. ) takkan yg tu pun kena masuk suku jugak kotttt..!!! Hisshhhh..apa punya musykil ler diorang nih. Tak reti langsung aku nak jawab cam mana. Engko jawab jer ler sendiri yer.....hehehehhhhh..


p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT atau selepas darinya..insyaallah.

Friday, January 8, 2010

Kepala sapa yg patut aku sekeh nih...KUCING @ TUAN PUNYA KUCING ...???

Aku tak nafi. Betol. Tak tipu. IPOH MALI, TALAK SOMBONG..TALAK TIPU PUNYER..  Memang aku suka kucing. Suka gitu2 jer lah. Itupun masa kecik2 dulu. Family punyer. Aku selalu ikatkan kertas putih atau kapas putih (ada ke kapas kaler hitam..? Alaaahhh..engko belasah jer lah labuuuuu..!! ) kat hujung lidi penyapu, lepas tu aku goyang2 kat depan kucing, mesti kucing akan meloncat loncat nak ngejar kapas tuh. Bila aku gosok2 pulak tengkok dia, mesti dia ralit, macam orang nak tidor atau macam orang tengah khayal lepas KENA TODI.


Betol..memang aku suka kucing. Tapi tak ler sampai tahap aku nak bela sendiri, nak jadikkan kawan. Mungkin sbb kucing tak berapa ganas kott.. Aku rasa, mungkin aku lebih sesuai kalau bela harimau bintang ke atau beruang kutub kottt.. Haaaa..baru nampak cool..


Dan sekarang..bila dah tua2 nih ( ehhhh...dah tua ke aku..? ), lagi ler aku malas nak bela. Bagi aku, cukup ler aku tumpang seronok, tengok orang lain punyer. Bukan sbb apa. Cuma takut aku tak mampu nak jaga sempurna. Aku pulak bukan jenis yg penyabar sangat pun. Tambah2 lagi, kes dera dah makin canggih aku tengok sekarang nih. Bukan takat main penampar atau penyepak jer..


Selama nih, mati2 aku ingat air panas boleh buat teh tarik jer..tapi sebenarnya boleh guna untuk tujuan lain gak rupanya. Sepanjang aku hidup..aku guna seterika nak bagi licinkan baju, seluar atau apa jer pakaian..bagi nampak hensem, bergaya..bila aku pakai gi kerja. Tapi aku silap. Rupa2 seterika panas boleh gak guna utk melicinkan muka..jugak membuang segala parut, panau dan kurap yg ada kat badan. Fuhhhh.. MULTI PURPOSE SUNGGUH fungsi seterika sekarang ni yer.. Ingatkan keta jer ada MPV(multi purpose vehicle)..seterika pun gitu gak yer.. Lembappp..ketinggalan betul aku nih...


Kes dera NIRMALA BONAT, memang tragis. Aku tak leh nak pikir macam mana seorang manusia boleh buat camtu. Pada aku..lebih binatang dari binatang tu sendiri. Binatang kalau jahat, ganas pun..sbb dia takde akal, tapi manusia...? Kalau tak suka ngan orang gaji tuh..apa lah salah, kalau pulangkan jer balik kat agensi dia, mintak tukar ngan yg lain..habis cerita. Tapi entahlah..kenapa agaknya yer dia sanggup buat macam tu. Jadik..dek kerana itu, memang patut sangat ler pun, binatang kena duk dalam kandang..12 tahun. YOU REALLY DESERVE IT.







So..mungkin kerana mengambik iktibar kes Nirmala Bonat ler..maka aku tak nak bela kucing kottt.. Aku takut, apa yang jadik kat dia, akan berulang pulak kat kucing aku tu nanti. Takut sungguh aku, kalau2 seterika panas brand National kat rumah aku ..ter cop pulak kat badan kucing tu. Tak pasal2 pulak nanti muka aku keluar kat TV3. Kes dera kucing. Fuhhhh...tak boleh aku nak bayang....


Ok lah. itu kes dera kucing. Dah habih. Apa yang aku nak bagitau kat sini..aku sendiri pun sekarang nih tengah kena dera gak. Kena dera perasaan dan jiwa, tapi aku tak tau nak ngadu kat sapa. Sebabnya..kucing jiran sebelah rumah aku nih, selalu sangat buat acara ziarah ke rumah aku. Tak kira masa. Boleh kata tiap2 hari. Datang bila2 masa jer dia suka. Walaupun dia masuk tak ketok pintu, tak bagi salam..aku tak kesah, aku masih boleh terima. Buat ler sesuka hati engko. Berekreasi lah engko sepuasnya. Tapiiiiiii..kenapa engko MELEPAS PUN KAT SITU JUGAKKK...!!!  ENGKO INGAT RUMAH AKU NIH KOLAM TAKUNGAN NAJIS APEEE...!!! atau ENGKO INGAT AKU KEJA NGAN INDAHWATER KE APEEE...!!!







Masalah betul. Tak tau nak buat cam mana. Nak jer aku sound jiran aku tuh..tapi risau gak. Tambah lagi bila aku baca pasal kes pembunuhan 4 beranak kat Tampin beberapa hari lepas. Kesian aku kat family tuh. Yang kena bunuh tu pulak, ada yang hilang kepala.. Dannnnnn...aku tak boleh nak bayang kalau2 ia jadik kat aku..dan kepala aku pulak nanti dibawak RONDA2 SATU MALAYA.. Hishhh..ngeri aku... Biar ler aku memendam rasa...


So..apa agaknya yg engkorang akan buat kalau benda macam nih jadik kat engko. Sapa yang patut disalahkan. Sapa yang patut kene tenyeh. Kepala sapa yang patut aku sekeh nih..KUCING KE atau TUAN PUNYA KUCING ..agaknya..?


p/s Entri seterusnya pada JUMAAT, 15 Jan 09..insyaallah.

Friday, January 1, 2010

Unte boleh terbang ? Engko giler apa...

2010 dah muncul pun. Tahun 2009 pulak dah selamat aku talkin kan. Meninggalkan seribu satu macam cerita. Panas, hangat, hangit..semua ada. Tapi yang paling memberi kesan kepada aku, adalah tentang apa yang jadik kat Perak. Apa yang boleh aku kata..tunggang langgang, lintang pukang. Sebabnya..kuasa. Aku sedih sangat. Betul ler apa yang aku dengar..manusia sanggup buat apa saja untuk nak dapat kuasa. Pesan aku senang jer..kita boleh kelentong satu atau sepuluh orang pada satu2 masa, tapi kita tak boleh KELENTONG SEMUA ORANG PADA SETIAP MASA.


Takpe lah. Aku tinggalkan bab tuh. Tajuk berat. Apa yang aku nak share dalam entri kali nih adalah tentang cara sambutan tahun baru kat negara tercinta kita nih..walaupun rasanya sikit terlewat. Tapi takpe lah. Mungkin boleh jadik peringatan dimasa2 akan datang. Balik semula kat persoalan tadi..tentang sambutan tahun baru. Apa yang aku boleh cakap, bahasa mudahnya..ia bukan cara kita..bukan budaya kita sebagai orang Islam. Full stop.. Aku tak nak cakap lebih2. Aku bukan reti pun. Tak pandai. Takde ilmu. Masih jahil lagi bab2 agama nih.


Aku lebih rela cakap pasal cawan, sudu, tupperware, pinggan mangkuk, mangkuk tingkat, tingkat 18 atau sebagainya. Itu aku reti. Memang aku dah khatam pun. Kalau engko suruh aku merapu bab2 MANGKUK AYUN pun boleh..lagi aku terer.






( gelek kak..gelekkk..uhhh..uhhhh.. )

Yelahh..sebenarnya bab2 agama nih bukan boleh main2 woiii.. Tak boleh main lepas jer. Silap cakap boleh lingkup akidah tuh. Kalau aku cakap, unta boleh terbang atau kucing boleh bertelor..engkorang mesti cakap aku biol. Habih2 berat pun, engkorang akan cakap..ENGKO GILER APA..? Akidah, iman..aku rasa masih ok. Tapi kalau aku cakap rukun iman ada 8, tuhan ada 10..dah sah2 aku sesat. Akidah aku barai. Tu sebab aku tak nak ulas panjang2. Bukan bidang aku.


Dgn sbb tu..biar ler aku bagik orang yang lebih berhak, yang ahli..bercakap tentang benda tuh. Jadik, aku serahkan kepada Ust Zaharuddin untuk bagitau tentang HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI..tanpa sebarang suntingan.




-----------------------------------------------------------------------




Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri.


Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-


* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.


Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah" Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).


Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat " ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)


* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.


* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).


* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.




----------------------------------------------------------------------




Semoga aku, kita, anda semua..mendapat sedikit manfaat dari entri kali ini. timakasih.


PENTING : Gambar2 yg disiarkan adalah sekadar hiasan semata mata. Takde kaitan dgn yg hidup, apa lagi ler dgn yg dah gi 'jalan2'. Sebenarnya, aku nak letak gambar siput gondang dgn garpu plastik jer, tapi aku cari2 tak jumpa. Haaaa..tu sbb aku letak jer lah gambar tuh. Ulang sekali lagi. Takde kaitan okeyyyyy....Yang penting letak. Kalau aku tak letak, takde pulak kaler2..mesti tak hensem..kan ! kan !




p/s Entri seterusnya pada JUMAAT, 8 Jan 2010 @ selepas darinya..insyaallah. Jugak..SELAMAT TAHUN BARU kepada semua.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP