Tuesday, November 2, 2010

Ayang tak kesian ke...ABANG NI YATIM PIATU TAU..!!

Tak kira..!! Abang kena buat jugak..!! Kalau tak, Ayang mogok masak..!! Masa tu nanti, abang pandai2 ler cari makan sendiri. Nak buat sendiri ke, nak masak sendiri ke, nak cari kat kedai mamak ke..pandai2 abang ler. Ayang bagi masa. Lepas tu kalau abang tak buatkan jugak, ayang akan ambik langkah lebih drastik. NO MORE XTVT SUNAT MALAM JUMAAT. Stop. Noktah. Abang gi la tido kat sofa luar tuh. Peluk bantal sorang2....

Aduishhh...ketuk dahi, aku. Apa la bala yang datang ni ? Apasal ler boleh jadik macam ni nih ? Apasal ler aku kena ugut camni..? Apa salah aku...? Apa dosa yg aku dah buat ni..?

Aku cuba relak. Tenangkan pikiran. Ingatan aku menerawang. Cuba kenang2 ke belakang. Mungkin aku ada buat salah kat Ayang, tapi tak perasan. Mungkin. Segalanya boleh jadik.Tapi masalahnya, kenapa sekarang. Kenapa lepas dekat setahun aku jadi blogger. Dan lagi..kalau dulu punya salah, kenapa sekarang baru nak marah. Tak patutttt.....

Aku bukan apa. Kalau dia suruh aku cari makan sendiri..takde hal. Aku boleh terima. Pada aku benda kecik je tuh. Sebabnya, kedai makan kat depan rumah aku ni bersepah. Cakap jer nak makan apa..masak melayu, mamak, cina, western..sebut jer, semua ada. Kalau dia paksa pulak aku puasa 4 hari 4 malam, tanpa sentuh sebijik makan pun, aku masih sanggup. Masih boleh tahan lagi. Tapiii..kalau dah sampai nak stop kan kerja2 sunat malam jumaat  aku..tu aku tak boleh terima. PANTANG TOK NENEK AKU. Hilang kejantanan aku bebbb... Tambah lagi, aku tersangat ler menjaganya PAHALA SUNAT yang satu tuhhh...hehehe

Dannnn..yg paling penting..apa guna aku gi nuntut ilmu tinggi2 kalau tak boleh nak apply. Bukan senang nak dapat. Bukan calang2 cubaan yg aku kena hadapi. Kalau takat bertapa dalam gua dua tiga bulan, apa ada hal. Kalau kena puasa 8 bulan berturut2 pun aku masih sanggup. Ini takkk.... Sifu suruh aku bertapa kat LORONG HAJI TAIB, kalau tak pun kat JALAN ALOR, BUKIT BINTANG. " Opssss..apasal kena bertapa kat situ lak ni.."  ? Sifu kata..bertapa dlm gua..itu dulu2. Sekarang dah global..zaman glokal..kena ubah. Tempat macam tu dah tak keras... Dannn..bila aku kenang2 balik..aku akui..memang tempat tu KERAS BETUL. Hantu pun takut nak main kat sini. Memang keras.. Bukan takat aku..PAK IMAM PUN BOLEH TERBARAI SERBAN..kalau kena ganggu ngan hantu2 kat situ...Tapi alhamdulillah..aku lulus. Ilmu CAKAR HARIMAU..yg diturunkan oleh Sifu Ustazah Dato' Siti Norbahyah tu..selamat berada dlm tangan aku..
 
Tapiiii...ada ilmu, tapi takleh nak guna..apa ke hal nyer.. Ayangggg..apa niii..! Jangan ler main kasar camni...! Ayang tak kesian ke..abang ni yatim piatu tau.. Lagipun, kalau aktiviti yg tu kena stop, sapa pulak yg Abang nak cakar lepas ni ? Takkan ler ayang nak suruh abang gi cakar mak janda yg depan rumah ni pulak kotttt... Mana ada selera..takde ummphhh..mak janda tu dah menaupous 18 tahun dulu ayang oooiiiiiii..... Kalau abang gi cakar pulak anak dara sebelah rumah ni nanti, tak pasal2 jer bapak dia kejar abang ngan cangkul..lagi ler haru.. Lagipun sifu dah pesan ..ilmu tu takleh guna kat anak bini orang lain..TAK MANGKUSHH...

Tapiiii..itulah dia orang pompuan ni. Aku dpt ramai kawan sejak jadi blogger ..pun nak jealous..? Hissssh..tak paham.. Feninnn...feninnnn kepala aku...

Sooo..disebabkan itu ler maka aku terpaksa memaparkan laporan / aktiviti orang rumah aku sekali dalam blog ni..walaupun ceritanya nanti takde kaitan langsung ngan aku... Blog ni bukan lagi hak ekslusif aku..

Tapiii..takpelah. Apa nak buat. Bukan orang lain..bini aku jugak. Cerita dia..cerita aku jugak. Lagipun..macam yg P Ramlee cakap..SAPA TAK SAYANG BINI WOIIII..!!  ..heheheee...


Monday, August 23, 2010

Ajaibnya Ramadhan..ITUPUN KALAU KITA INGINKAN KEAJAIBAN ITU BERLAKU

Puasa Ramadhan..dah masuk 13 hari pun termasuk hari ni. Dan aku...macam 3 tahun lepas, masih jugak boleh puasa...macam orang lain. HAIRAN BIN AJAIB. Tapiiii..itulah yg jadik. Aku boleh berlapar lebih dari 5 jam tanpa jadik apa2. 

Aku cakap macam tu, bukan apa. Kalau bulan biasa, aku tak isi perut lebih 5 jam jer..badan aku start berpeluh2. Jari2 aku mula menggeletar. Kalau lambat lagi, aku boleh tumbang..rasa macam nak pitam. Sbbnya ..doktor dah declare aku ada GASTRIK. 

Masa dulu2, mmg aku pelik. Napa boleh jadik macam tu. Tapi kini, aku dah tak heran. Aku anggap itu antara kelebihan & keajaiban Ramadhan. Yang penting, kita punya niat yg ikhlas nak puasa kerana Allah. Bila dah punya azam, yakinnn..segalanya akan jadi mungkin...

So..kepada aku, anda, kita semua, yg sihat, yg sakit atau yg tiba2 jadi sakit bila dtg bulan puasa terutamanya..inilah masanya utk kita nak tambah amalan. Inilah masanya Allah tengah buat sale..offer. Oleh itu tiap peluang, mesti kita ambil..pergunakan sebaiknya. Peluang yg tak dtg selalu.  Cuma sekali jer setahun. Cuma sebulan jer..30 hari @ mungkin jadik 29...

 p/s  Aku punya nada, lain macam sikit ( kena cover2 ..), siap sekali ngan nasihat...heheheee.  Aku cuba2 walaupun yg benarnya aku tak pandai..SELAMAT BERPUASA UTK SEMUA.

Tuesday, August 10, 2010

Omakkk..!! Anak Omak dah balikkkk..!!

Hisshhh..!! Betul ke rumah aku ni ? Macam tak caya jer? Aku toleh kotak surat yg tersangkut kat pagar. Kat situ ada tertulis alamat rumah.. http://bertongkatparuh.blogspot.com/. Sahhh..memang rumah aku. Tak salah lagi..

Ku alih semula pandangan ke sekitar rumah. Banyak yg dah berubah. Lalang dah naik paras pinggang. Pokok karapule yg kutanam dulu pun dah makin membesar. 

Gitulah jadiknya kalau pergi merayap tak ingat dunia..tak ingat nak balik. Rumah bukan takat naik lalang, bersawang..silap2 langsuir pun dah duk nompang sekali. Dan kalau betul2 pun ada..baguih jugak. Boleh gak aku tangkap..buat hamba tebusan. Boleh gak nanti aku suruh dia gi kacau budak2 balik ngaji..hehehee

Dan akuuu...mintak maaf lagi kali ni. Hilang utk tempoh yg agak lama. Bukan aku sengaja. Sebenarnya aku hilang mood. Kepala aku serabut. Kalau sebelum ni, aku cerita pasal orang lain yg sakit..tapi kali ni aku punya turn pulak. Aku tak sihat. Sakit apa ..tak payah ler aku cerita. Cukuplah aku cakap, ini kali kedua aku kena...

Nampaknya..aku kena lebih hati2 lepas nih. Tak boleh main pulun jer. Cukuplah ini yg penghabisan. Takde tiganya. Orang tua2 kata, kalau masuk yg ketiga, cerita tentang aku dah nak penghujung, dah nak..inna lillah... Huhhhh..ampunnnn...

Dan sekarang..lepas buat major overhaul kat workshop Ah Seng..tukar minyak itam, ( fully sintetik lagi tuhhhh....), tukar plug, tambah air bateri & etc..alhamdulillah, aku dah makin ok. Dan aku harap..ianya akan berterusan selama mungkin..insyaallah.


Omakkkkk..!! Anak Omak dah balikkkk..!!

Friday, February 26, 2010

Aku manusia biasa..BOLEH CAKAP, TAK TENTU LAGI BOLEH BIKIN..!!!

MINTAK MAAF LAH YER..!!! Aku rasa itulah ucapan paling syahdu yang boleh aku beri. Biasa ler. Orang dah buat salah, kena ler mengaku. Dah janji tapi tak tunai, memang ler salah. Pandai cakap tapi tak pandai buat, memang ler silap. Janjiku untuk publish entri pada tiap jumaat, barai lagi. Tapiii..apa lagi yang boleh aku kata. Cuma sekadar itu. AKU..MANUSIA BIASA...


Manusia biasa..CAKAPNYA TAK SERUPA BIKIN. Boleh cakap, tapi tak tentu lagi boleh bikin. Boleh janji, tak tentu lagi boleh kota. Kata2 manusia..umpama menanam tebu di bibir. Boleh dengar, tapi jangan penuh percaya. Chehhh...dah melalut ler pulak aku nih...


Maaf sekali lagi. Bukan sengaja memberi alasan. Tapi itulah yg sebenarnya. Aku sibuk sikit minggu ni. Sibuk bantu menguruskan anak sedara yang nak masuk asrama. Anak adik ipar aku yg sakit, yg aku cerita dalam entri sebelum ni. UPSR baru ni dapat 5A. Dapat masuk MRSM Kuala Lipis. Baru jer daftar 17 Feb (Rabu) lepas.



( Aku lupa nak ambik gambar. Yang ni aku ambik dari sini )


Aku tengok, anak sedara aku ni nampak ok jer masa hari pertama daftar. Nampak relak, senyum jer memanjang. Mungkin dia rasa bangga. Daripada ramai2 orang yg mohon ke MRSM, dia antara yang terpilih. Masa kitaorang nak balik pun, dia masih boleh sengeh, senyum2. Takde nampak sedih langsung. Dan aku anggap semuanya settle...


Tapiiii...rupa2nya, adegan senyum2 dulu tu sekejap jer. Hari ketiga, Jumaat ( 19 hb ), dia talipon mak mertua aku..nangis2, merayu rayu mintak nak balik. Tak nak duk sana lagi dah. Macam2 alasan dia bagi. Kene buli ler. Asrama ada toyol ler. Nampak lembaga hitam ler. Pendek kata, macam2 alasan. Nasib baik dia tak kata nampak Wolfman .. Kalau tak memang sah aku sekeh kepala dia...


( The Wolfman, masih lagi hot kat panggung )


Mak mertua aku pulak talipon, cerita apa yg berlaku. Masa dengar dia cakap tu, aku senyum dalam hati. Aku terkenang masa dulu2. Masa aku sendiri nak masuk asrama, naik tingkatan 1. Sekolah baru aku, SMSNS atau nama barunya, STJ. Masa mula2 tau dapat masuk asrama memang bersemangat. Tak sabar nak pergi. Tambah lagi dapat kelengkapan sekolah, semua baru2. Masa nak pergi tu, ramai pulak yang ucap selamat. Tak kurang jugak yang bagi nasihat itu ini. Tapi bab yang paling best, diorang ni bukan takat hulur nasihat, tapi hulur duit gak. Diorang kata, untuk buat belanja masa kat sana. Kiranya banyak ler jugak collection yang aku dapat masa tu. Suka tak terkira. Rasa kaya sekejap. Yelah..kan ke aku nak pergi berjuang, kena ler cukup bekalan...heheheee


Tapi suka aku tu pun sekejap jer. Bila dah selesai semua urusan pendaftaran hari pertama dan tiba masa abah ( aruah ) nak balik dan meninggalkan aku sendiri menempuh dunia baru..aku rasa sayu sangat. Semangat aku hilang entah ke mana. Walaupun aku tak menangis, tapi mata aku merah ler jugak  Kalau boleh mau jugak aku pegang kaki abah, tak nak bagi dia balik. Masa diorang berlalu pergi, aku masih berdiri kaku melihat kenderaan yang abah naik, hilang dari pandangan.   


Semangat anak jantan. Sekali menapak, akan terus melangkah. Pantang undur sebelum berjuang. Takkan mengaku kalah sebelum turun ke medan. Berpantang maut sebelum ajal... Hishh..apa kena pulak aku kali nih. Cakap melalut lalut. Dah macam Hang Jebat ler pulak...


Ok lah. Cukup ler cerita pasal aku. Balik semula cerita anak sedara aku. Dalam kami berfikir fikir nak buat cam mana dengan masalahnya tuh, tiba2 hari Sabtu ( 20hb ), lebih kurang  pukul 6 pagi, henpon aku bunyi. Aku kalau henpon bunyi waktu2 pelik nih, aku suspen sikit. Aku tengok pulak no yg keluar kat henpon tu no mak mertua aku. Dalam kepala aku dah pikir macam2. Mesti hal anak sedara aku tu lagi. Aku cakap macam tu sbb dia dah warning, kalau tak jemput jugak dia balik rumah, dia nak lari dari sekolah. Fuhhh..terer betul ler budak nih...


Tapiii..yang sebenarnya, mak mertua talipon sebab lain. Mak sedara ( kakak mak mertua aku ) yang duk sebelah rumah, meninggal dunia. Baru je kejap. Sebabnya..sesak nafas. Kena pun tiba2 jer. Innalillahi wainna ilaihirajiunn..DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI. Ya Allah..mudahnya kalau Tuhan nak ambik nyawa. Aku terkedu sekejap. Membayangkan kiranya ia jadi kat aku. Apakah aku dah sedia..?Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku...


So, itulah yg berlaku. Aku kena balik kg (Kelate) lagi, walaupun aku baru jer balik sana belum pun sampai sebulan. Balik 3 hari. Dan selama tu jugak lah, aku tak sentuh laptop aku. Pada Isnin ( 22 hb ) lepas, baru balik ke KL semula.


Masa balik KL, kena singgah kat MRSM, jumpa anak sedara, nak settle kan masalah. Masa mula2 jumpa, muka dia memang dah muncung. Dia kata, nak ikut jugak kitaorang balik sekali, tak kira apa jadi. Puas kitaorang pujuk. Last2, lepas lebih 2 jam kena brainwash, akhirnya dia tarik balik keputusan. Aduhhh..lega betulll...


So sekarang, anak sedara aku tu dah ok. Dan waktu entri ni di publish, dia ada kat rumah aku. Cuti maulidur rasul 3 hari. Kitaorang pergi jemput dia semalam, Khamis 25 hb, lepas kerja. Saja tak nak bagi balik kelate. Takut dia ubah pikiran, tak nak balik semula ke asrama. Lagi ler haru nanti. Dan hari Ahad ( 28hb ) ni, kitaorang kena hantar dia balik semula ke asrama. Kalau nak kira, jenuh ler jugak. Tapi aku tak kisah. Yang penting, harapan kitaorang moga dia akan jadi manusia berguna suatu hari nanti dan dapat membela nasib keluarga. Aminnnn...


p/s   Aku tak berani nak janji dah, bila aku akan post entri yg seterusnya. Cukup ler 2x aku mungkir. Apa yang aku boleh kata, aku akan cuba menulis sekerap yg mungkin. Tapi yang pastinya, mulai penghujung Mac akan datang, komitmen kerja aku makin bertambah. Nak tau aku buat apa, akan datang aku bagi tau. Tunggu jer la yer....dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Friday, February 12, 2010

Kita selalu lupa apa yg kita miliki..TAPI SERING INGAT APA YG ORANG LAIN ADA..!!!

Sebenarnya entri nih dah lama aku tulis. Lebih kurang 3 minggu lepas. Tunggu masa nak publish jer. Masa tuh, aku masih di Pasir Putih, Kelantan, rumah mertua aku..tengah cuti. Cuti yang paling panjang aku rasa. Tak pernah lagi aku cuti panjang macam ni. Nak dekat 20 hari ler jugak. Walaupun begitu, kebanyakan hari dihabiskan kat rumah jer. Tak boleh nak gi mana. Keadaan tak mengizinkan. Adik ipar aku sakit. Tak tau sbb apa..


Adik ipar aku ni guru tadika. Dan betul2 di sebelah tadikanya tuh, ada sebuah lagi tadika lain. Dan mungkin disebabkan berebut anak murid atau jugak sebab lain mungkin, adik ipar aku nih 'dikenakan'. Itu yang aku diberitahu. Betul ke tak, aku tak tau. Sakit tu pulak pelik sikit. Bukan setiap masa. On & off. Bila masa ok, dia boleh gelak ketawa, pergi kerja macam biasa. Tapi bila tak ok, kadang2 sampai meracau racau, terjerit jerit menahan sakit. Dah banyak jugak tempat pergi berubat. Dah ramai jugak tok bomoh dan ostad yg datang kat rumah..tapi sampai sekarang masih tak betul2 ok gak lagi.


Mungkin belum jumpa yang serasi. Orang kata, nak sembuh sakit ni bukan mesti kena cari bomoh besar, yang mengaku hebat atau yang terkenal, tapi kena ikut rasi. Kalau tak rasi, tak jadi.


Apa yang dapat aku kata dari keadaan yang berlaku..itulah rupa sebenar manusia. Tak boleh lari dari sifat hasad dengki. RAMBUT SAMA HITAM tapi hati belum tau. Kadang2 orang yg kita tengok baik depan mata, kat belakang kita belum tentu. Kata orang bijak pandai..KITA SELALU LUPA APA YG KITA MILIKI, tapi KITA SERING INGAT APA YG ORANG LAIN ADA. Pikir2 kan..


Tapii..yang sebenarnya, aku tak berapa percaya ngan bomoh2 nih. Tambah lagi sekarang, macam2 bomoh putar alam. Bermacam dah aku dengar. Yang ambik kesempatan, terutama  pada pesakit pempuan, pun ada. Yang banyaknya..menjadikan kerjaya tu sebagai sumber pendapatan. Sedangkan apa yang aku tau ( kalau salah tolong betulkan lah yer..), dalam ilmu perubatan Islam, kita tak boleh menetapkan sebarang bayaran tertentu atas bantuan yg diberikan.








Habih cerita tuh, kita balik semula kat cerita aku. Disebabkan oleh masalah tuh, maka aku tak boleh nak gi ronda2 sangat. Bukan maknanya tak pergi langsung. Cuma kena pilih hari2 yg keadaan adik ipar aku tuh ok. So, aku akan cerita tentang betapa UNIKNYA KELANTAN..samada dari segi makanan, tempat2 tumpuan yg menarik, peniaganya dan lain2 pada entri yg akan datang. Tungguuu...




p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT..insyaallah.

Friday, February 5, 2010

Malaon mana ler punya kerja nih..!!!

Aikhhh..!! Aku terkejut sungguh. Mana pulak pergi nya nih. Aku yakin memang aku letak kat situ tadi masa nak masuk. Pasti sungguh. Tak silap. Tapiii..mana pergi nye sekarang nih. Takkan hilang lagi kot. Padahal aku baru jer beli dua hari lepas. Dia punya bau kedai pun tak hilang lagi..


Aku cuba cari2 lagi. Mana tau, mungkin ada orang tersalah ambik. Atau mungkin ada orang lain guna,  dah tu  lupa nak letak balik kat mana. Aku cuba bersangka baik. Cuba pujuk hati. Lagi pulak, aku pun pernah buat benda yang sama..pinjam orang lain punya. Cuma bezanya..aku akan letak balik semula, kat mana aku ambik. Yelah..kadang2 aku terpaksa. Takkan nak pakai kasut pulak kottt.. Bukan tak boleh..tapi tak selesa. Takut nanti kasut lembab, basah kuyup kena air.  


Aku tak sangka. Betul ke dah hilang nih..? Aku tanya lagi dalam hati. Masih ragu2. Tak pasti. Sebabnya..aku yakin sangat yang aku baru jer KELUAR DARI MESJID. Bukan baru balik dari rumah kenduri kawin atau kenduri potong anu. Kalau dalam majlis2 yang macam tuh, aku tak ler kesah sangat pun. Memang aku tau, yang datang majlis tu pun macam2 jenih orang. So, untuk lebih pasti, aku toleh Papan Kenyataan kat belakang aku. Sah..memang betul. Tak salah lagi. Aku tak mimpi. Kat Papan Kenyataan tu ada tulis nama mesjid, ' Masjid #@#^%  ^&amp #$#@  $%*&amp, Ampang, Selangor '.


Hishhh..MALAON MANA LER YG REMBAT SELIPAR AKU NIH.. Kalau dapat, mau jugak aku SUNATKAN diorang nih... Hati aku bergetus lagi. Geram betul aku..


( siap pakai kunci tuh..tapi takkan sampai aku pun nak buat cam tu jugak kottt....( gambar diambil dr sini ))


Tapiii...ni budak kecik ke orang tua punya kerja nih ? Aku tanya hati lagi. Aku pelik. Diorang ni tak pikir apa. Kan ke baru keluar dari Mesjid. Tempat sembahyang. Tempat ibadah. Tempat bertemu Allah. Tempat mengadu dan berdoa segala benda. Tapi kalau lepas tu mencuri pulak, rasa2 nye makbul ke doa tuh. Aku tak tau, tapi aku rasa tak kena..


Doa tu satu hal. Yang ambik selipar orang tu pulak, diorang ni tak tau ker..? Kalau selipar orang NO 1 hilang, dia terpaksa ambik selipar orang NO 2 sebagai ganti. Orang NO 2 pulak terpaksa buat perkara yg sama dan begitu lah seterusnya. Berulang ulang. Tak ke dosa kesalahan tu nanti jadik bertimpa timpa.


Tapiii..yang sebenarnya, aku bukan kesah sangat pun pasal selipar tu hilang. Bukan mahal pun. Selipar jepun jer. Tak sampai RM5 sepasang. Apa yg aku kesahkan, ialah tentang sikap diorang nih.. Ambik mudah. Ambik rengan. Yang pasti..ia tetap salah. TETAP MENCURI JUGAK NAMANYA.. Jangan kira pasal harga. Itu soal kedua. 


Itu baru bab curi selipar kat mesjid. Aku rasa kesalahan tuh dah besar sangat dah. Tapiiii..macam mana pulak dengan kes yang nih..masih berkaitan ngan masjid..Cerita sorang Mamak Bendahara, Ketua Negara mana yer..lupa pulak aku.. Alahhhh..yang tu tuhhhh...(kalau engkorang ambik tau pasal masalah negara tu..engkorang mesti tau punya lahhhh...). Maksud aku..TIPU DUIT PERUNTUKAN UNTUK MESJID. Aku tak tau betul ke salah. Kalau ler betul, apa cadangan engkorang. Patut disunatkan jugak ke atau kasi potong habih. Tolong jawab sikittt...


p/s Entri yg seterusnya pada setiap JUMAAT..insyaallah.





Friday, January 29, 2010

Sapa nak buat haji..MURAH JER NIH..!!!

Pertama sekali, sebelum aku teruskan tulisan aku kali ni, aku nak mintak maaf ler dulu sbb entri pada jumaat minggu lepas tak timbul2. Bukan apa. Bukan sbb takde bahan atau apa, tapi sbb internet service kat rumah nih lemah lembut sangat, sopan santun sungguh. Ngalah kan abang auww...Lambat dan lembap tu satu hal. Yang dah dapat connection pulak, kejap2 putus. Kejap ada..kejap takde. Dah macam biskut merry ler pulak.  Hishhh..tension betul aku...


Kalau tiba time teruknya, dia punya slow tu ngalahkan kekura. Nak bukak satu2 laman web tu berzaman.. Tambah lagi ler kalau laman tu banyak sangat letak segala macam gambar tok nenek. Itu nak letak. Ini nak gantung. Lagi ler berat. Alamatnya..sepenanak nasi jualah adanya..masa yg diambik untuk bukak laman tu keseluruhannya. Hishhh..bengang betul aku...


( ni kekura ke apa nih..dia punya leher dah macam zirapah jer aku tengok..!!! )


Sebenarnya, masalah ni bukan jadik kat Pasir Putih jer ( aku kat Kelate masa tuh..tengah cuti ) tapi keadaannya serupa gak kat kg aku, N 9. Mula dari siang, sampai ler ke tengah malam atau awal pagi. Service macam hampeh. Yelah, mungkin waktu tu ramai pengguna kot... Kalau nak dapat service yg ok, kena ler bangun pukul 4, 5 pagi..haaa, baru ler dapat buat keja sikit. Tu sbb kalau engkorang tengok balik kebanyakan entri aku yg lepas2, tu ler pun, time nya aku post entri aku..


Bila sebut bangun awal pagi sangat nih, walaupun bukan selalu...sebenarnya ada jugak baguih nya.  Yelah..mungkin tuhan nak bagi peringatan kot. Kalau selama nih bangun pukul 3, 4 pagi sbb nak tengok bola, England vs Perancis atau Brazil vs Argentina masa Piala Dunia..mungkin kali nih Dia nak suruh aku buat Qiamullail ler pulak kot. Ye ler...dah lama sangat dah tak buat nih...




Sama jugak dengan orang yg suka sembang, gebang atau duk bersidai kat kedai kopi dari pagi sampai petang tuhhh... Bukan semuanya tak baguih. Tak elokkk.. Kalau engkorang tengok betul2, sebenarnya ada jugak kebaikan yg tersirat. Pada aku, diorang nih memang hebat sungguh. Takde sapa boleh ikut. Bukan calang2 orang boleh buat. Iman teguh, ampuh sungguh. Yelah..dengan modal secawan kopi jer kadang2,  diorang ni mampu BUAT HAJI  tiga empat kali sehari . Belanja pun murah jer..tak payah pakai ribu2. Kan pakcik kannnnn... hehehhehee..


( Bergaya betul cik abang nih. BUAT HAJI siap pakai tie lagi. Yang pakcik2 tu pulak, tekun betol nengok praktikal orang tengah MENGERJAKAN HAJI.. mana tau nanti ada seru pulak kottt...hehehehhhh)
(gambar sekadar hiasan)


p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT atau selepas darinya..insyaallah. 

Friday, January 15, 2010

Aku bayar penuh..TAKKAN MASUK SUKU JER..!!!

Nogori Sombilan memang best. Negeri aku. Negeri beradat, yg terkenal dengan Adat Perpatihnya. Aku bangga menjadi salah seorang penghuninya. Kehebatannya tambah terserlah setelah ia belasah Kelantan 3 - 1 dalam final Piala Malaysia yang baru  lalu. Manis sungguh kenangan tuh..


Kebetulan masa game tuh, aku di Kelantan, kat rumah mertua aku..balik cuti. Pada awal perlawanan, aku diam je, tak banyak bersuara. Maklum ler aku sorang, diorang pulak ramai. Lagipun aku tak jangka N 9 boleh menang pun. Bukan aku jer cakap. Semua orang pun kata macam tuh. Tapi bila N 9 mula dapat gol pertama..aku mula aggresif. Melilau satu rumah. Tak senang duduk. Aleh2..bermula saat itu sampai game tamat..rumah mertua aku tuh dah jadik macam rumah mak bapak aku sendiri. Yang dengar hanya suara, jerit aku jer. Suara sumbang lain dah hilang. Adik ipar, biras, mak pak mertua aku semua dah takde. Dah hilang. Aku tak tau diorang gi mana. Mungkin diorang semua tengah angin kotttt..ngan player Kelantan ke atau ngan aku, aku tak tau...




Lepas game habih, aku bancuh sendiri teh tarik, hidang kat diorang..nak pujuk hati ler kononnn.. Tapiii, diorang kata teh tarik yang aku buat tuh pahit, dah tu pulak tak cukup susu..rasa tawar. Sedangkan tadi aku rasa, memang dah sedang2 elok pun..memang kow.  Kalau biasa mamak tarik atas bawah, aku siap tarik sisi, kiri ke kanan lagiii. Dia punya buih..fuhhhh, tak payah cakap..menggunung sampai meleleh leleh keluar.  Tapiiiii...kenapa diorang cakap macam tu. Aku keliru. Tak tau. Tapiiiii...oooooooOO...baru aku pahammm.. Fuhhhhhh...angin sungguh rupanya diorang ngan aku. Tapiii..takkan ler sebab kalah teruk, sampai  TEH TARIK AKU PUN RASA TAWAR PULAK KOTTTTT.. tak patut sungguh diorang nih..hehehehhhh...


Nogori Sombilan memang hebat. Sehebat namanya yang merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor ( sumber disini ).






Memang hebat N 9. Sehebat adat dan budayanya. Disanjung tinggi mungkin oleh seluruh penduduk negerinya, termasuk aku.. Tapiii..tak ler sampai sanggup aku nak kata..' BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT '..walaupun ia sekadar perumpamaan. Perumpamaan yg kononnya melambangkan keteguhan berpegang pada adat. Pada aku, tak kena langsung. Aku rasa lebih sesuai kalau ditukar jadik, ' BIAR MATI ADAT YG MENYIMPANG, ASAL JANGAN MATI ANAK, WALAUPUN YG PERANGAINYA MACAM CIPAN '. Aku rasa2 ler...


Dannnn..bila aku cakap macam tu..jangan ler harapnya orang diluar sana takut pulak nak kawin ngan pempuan N 9 nih. Aku cakap macam tu sbb aku pernah dengar orang cakap, ' kalau engko kawin ngan orang N 9, kena hati2 skit. Takut papa..muflis, sebab semua harta jatuh kat orang pempuan.


Sebenarnya, itu salah faham jer. Tak perlu risau sbb ada benda lain lebih penting yg perlu dirisaukan... Yang betulnya dalam Adat Perpatih nih, semua harta yg dikatakan jatuh kepada orang pempuan tu, hanyalah Harta Pusaka yg diwarisi drp keluarga pempuan tu sendiri. Harta Sepencarian yg dikumpul bersama sepanjang tempoh perkahwinan pulak, akan dibahagi antara suami isteri, sementara Harta Bawaan, ie.harta milik suami yg dibawa sebelum berkahwin menjadi hak suami sepenuhnya. Weiiii...tak cantik ke adat tuhhh...


Bila cerita bab N 9 nih pulak, tak boleh lari dari bercakap tentang SUKU nya. Orang yg nak kawin ngan orang N 9 kena masuk suku dulu. Ada ler caranya. Dan bab selepas tu ler, yg merupakan bahagian penting yg lebih perlu engkorang bimbangkan, spt yg aku cakap kat atas tadi. Aku siap highlight merah lagi. Aku cakap macam tu sbb aku ada dengar orang merungut, cakap,  ' Aku bayar maskawin penuh, aku bayar hantaran penuh, semua aku bayar penuh..tapi bila sampai masa nak buat ' projek mega' (aku tak nak ler ulas panjang2, paham2 sendiri udah ler yer.. Kalau tak paham jugak, meh sini aku sekeh kepala tu sekali..nak bagi pahammm.. ) takkan yg tu pun kena masuk suku jugak kotttt..!!! Hisshhhh..apa punya musykil ler diorang nih. Tak reti langsung aku nak jawab cam mana. Engko jawab jer ler sendiri yer.....hehehehhhhh..


p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT atau selepas darinya..insyaallah.

Friday, January 8, 2010

Kepala sapa yg patut aku sekeh nih...KUCING @ TUAN PUNYA KUCING ...???

Aku tak nafi. Betol. Tak tipu. IPOH MALI, TALAK SOMBONG..TALAK TIPU PUNYER..  Memang aku suka kucing. Suka gitu2 jer lah. Itupun masa kecik2 dulu. Family punyer. Aku selalu ikatkan kertas putih atau kapas putih (ada ke kapas kaler hitam..? Alaaahhh..engko belasah jer lah labuuuuu..!! ) kat hujung lidi penyapu, lepas tu aku goyang2 kat depan kucing, mesti kucing akan meloncat loncat nak ngejar kapas tuh. Bila aku gosok2 pulak tengkok dia, mesti dia ralit, macam orang nak tidor atau macam orang tengah khayal lepas KENA TODI.


Betol..memang aku suka kucing. Tapi tak ler sampai tahap aku nak bela sendiri, nak jadikkan kawan. Mungkin sbb kucing tak berapa ganas kott.. Aku rasa, mungkin aku lebih sesuai kalau bela harimau bintang ke atau beruang kutub kottt.. Haaaa..baru nampak cool..


Dan sekarang..bila dah tua2 nih ( ehhhh...dah tua ke aku..? ), lagi ler aku malas nak bela. Bagi aku, cukup ler aku tumpang seronok, tengok orang lain punyer. Bukan sbb apa. Cuma takut aku tak mampu nak jaga sempurna. Aku pulak bukan jenis yg penyabar sangat pun. Tambah2 lagi, kes dera dah makin canggih aku tengok sekarang nih. Bukan takat main penampar atau penyepak jer..


Selama nih, mati2 aku ingat air panas boleh buat teh tarik jer..tapi sebenarnya boleh guna untuk tujuan lain gak rupanya. Sepanjang aku hidup..aku guna seterika nak bagi licinkan baju, seluar atau apa jer pakaian..bagi nampak hensem, bergaya..bila aku pakai gi kerja. Tapi aku silap. Rupa2 seterika panas boleh gak guna utk melicinkan muka..jugak membuang segala parut, panau dan kurap yg ada kat badan. Fuhhhh.. MULTI PURPOSE SUNGGUH fungsi seterika sekarang ni yer.. Ingatkan keta jer ada MPV(multi purpose vehicle)..seterika pun gitu gak yer.. Lembappp..ketinggalan betul aku nih...


Kes dera NIRMALA BONAT, memang tragis. Aku tak leh nak pikir macam mana seorang manusia boleh buat camtu. Pada aku..lebih binatang dari binatang tu sendiri. Binatang kalau jahat, ganas pun..sbb dia takde akal, tapi manusia...? Kalau tak suka ngan orang gaji tuh..apa lah salah, kalau pulangkan jer balik kat agensi dia, mintak tukar ngan yg lain..habis cerita. Tapi entahlah..kenapa agaknya yer dia sanggup buat macam tu. Jadik..dek kerana itu, memang patut sangat ler pun, binatang kena duk dalam kandang..12 tahun. YOU REALLY DESERVE IT.







So..mungkin kerana mengambik iktibar kes Nirmala Bonat ler..maka aku tak nak bela kucing kottt.. Aku takut, apa yang jadik kat dia, akan berulang pulak kat kucing aku tu nanti. Takut sungguh aku, kalau2 seterika panas brand National kat rumah aku ..ter cop pulak kat badan kucing tu. Tak pasal2 pulak nanti muka aku keluar kat TV3. Kes dera kucing. Fuhhhh...tak boleh aku nak bayang....


Ok lah. itu kes dera kucing. Dah habih. Apa yang aku nak bagitau kat sini..aku sendiri pun sekarang nih tengah kena dera gak. Kena dera perasaan dan jiwa, tapi aku tak tau nak ngadu kat sapa. Sebabnya..kucing jiran sebelah rumah aku nih, selalu sangat buat acara ziarah ke rumah aku. Tak kira masa. Boleh kata tiap2 hari. Datang bila2 masa jer dia suka. Walaupun dia masuk tak ketok pintu, tak bagi salam..aku tak kesah, aku masih boleh terima. Buat ler sesuka hati engko. Berekreasi lah engko sepuasnya. Tapiiiiiii..kenapa engko MELEPAS PUN KAT SITU JUGAKKK...!!!  ENGKO INGAT RUMAH AKU NIH KOLAM TAKUNGAN NAJIS APEEE...!!! atau ENGKO INGAT AKU KEJA NGAN INDAHWATER KE APEEE...!!!







Masalah betul. Tak tau nak buat cam mana. Nak jer aku sound jiran aku tuh..tapi risau gak. Tambah lagi bila aku baca pasal kes pembunuhan 4 beranak kat Tampin beberapa hari lepas. Kesian aku kat family tuh. Yang kena bunuh tu pulak, ada yang hilang kepala.. Dannnnnn...aku tak boleh nak bayang kalau2 ia jadik kat aku..dan kepala aku pulak nanti dibawak RONDA2 SATU MALAYA.. Hishhh..ngeri aku... Biar ler aku memendam rasa...


So..apa agaknya yg engkorang akan buat kalau benda macam nih jadik kat engko. Sapa yang patut disalahkan. Sapa yang patut kene tenyeh. Kepala sapa yang patut aku sekeh nih..KUCING KE atau TUAN PUNYA KUCING ..agaknya..?


p/s Entri seterusnya pada JUMAAT, 15 Jan 09..insyaallah.

Friday, January 1, 2010

Unte boleh terbang ? Engko giler apa...

2010 dah muncul pun. Tahun 2009 pulak dah selamat aku talkin kan. Meninggalkan seribu satu macam cerita. Panas, hangat, hangit..semua ada. Tapi yang paling memberi kesan kepada aku, adalah tentang apa yang jadik kat Perak. Apa yang boleh aku kata..tunggang langgang, lintang pukang. Sebabnya..kuasa. Aku sedih sangat. Betul ler apa yang aku dengar..manusia sanggup buat apa saja untuk nak dapat kuasa. Pesan aku senang jer..kita boleh kelentong satu atau sepuluh orang pada satu2 masa, tapi kita tak boleh KELENTONG SEMUA ORANG PADA SETIAP MASA.


Takpe lah. Aku tinggalkan bab tuh. Tajuk berat. Apa yang aku nak share dalam entri kali nih adalah tentang cara sambutan tahun baru kat negara tercinta kita nih..walaupun rasanya sikit terlewat. Tapi takpe lah. Mungkin boleh jadik peringatan dimasa2 akan datang. Balik semula kat persoalan tadi..tentang sambutan tahun baru. Apa yang aku boleh cakap, bahasa mudahnya..ia bukan cara kita..bukan budaya kita sebagai orang Islam. Full stop.. Aku tak nak cakap lebih2. Aku bukan reti pun. Tak pandai. Takde ilmu. Masih jahil lagi bab2 agama nih.


Aku lebih rela cakap pasal cawan, sudu, tupperware, pinggan mangkuk, mangkuk tingkat, tingkat 18 atau sebagainya. Itu aku reti. Memang aku dah khatam pun. Kalau engko suruh aku merapu bab2 MANGKUK AYUN pun boleh..lagi aku terer.






( gelek kak..gelekkk..uhhh..uhhhh.. )

Yelahh..sebenarnya bab2 agama nih bukan boleh main2 woiii.. Tak boleh main lepas jer. Silap cakap boleh lingkup akidah tuh. Kalau aku cakap, unta boleh terbang atau kucing boleh bertelor..engkorang mesti cakap aku biol. Habih2 berat pun, engkorang akan cakap..ENGKO GILER APA..? Akidah, iman..aku rasa masih ok. Tapi kalau aku cakap rukun iman ada 8, tuhan ada 10..dah sah2 aku sesat. Akidah aku barai. Tu sebab aku tak nak ulas panjang2. Bukan bidang aku.


Dgn sbb tu..biar ler aku bagik orang yang lebih berhak, yang ahli..bercakap tentang benda tuh. Jadik, aku serahkan kepada Ust Zaharuddin untuk bagitau tentang HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI..tanpa sebarang suntingan.




-----------------------------------------------------------------------




Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri.


Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-


* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.


Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah" Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).


Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat " ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)


* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.


* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).


* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.




----------------------------------------------------------------------




Semoga aku, kita, anda semua..mendapat sedikit manfaat dari entri kali ini. timakasih.


PENTING : Gambar2 yg disiarkan adalah sekadar hiasan semata mata. Takde kaitan dgn yg hidup, apa lagi ler dgn yg dah gi 'jalan2'. Sebenarnya, aku nak letak gambar siput gondang dgn garpu plastik jer, tapi aku cari2 tak jumpa. Haaaa..tu sbb aku letak jer lah gambar tuh. Ulang sekali lagi. Takde kaitan okeyyyyy....Yang penting letak. Kalau aku tak letak, takde pulak kaler2..mesti tak hensem..kan ! kan !




p/s Entri seterusnya pada JUMAAT, 8 Jan 2010 @ selepas darinya..insyaallah. Jugak..SELAMAT TAHUN BARU kepada semua.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP