Friday, December 25, 2009

Made in China..memang HAMPEHHH..!!!

Aku betul2 angin. Tak dapat aku nak ucap. Tak terkata. Yelahhh..daripada mula beli, sampai sekarang..kipas kat rumah aku nih tak habih2 problem. Masa mula2 beli dulu, takde langsung teringat nak check..made in apa. Tak terkenang langsung. Ingatkan ok jer semua. Barang pun nampak cantik..harga boleh tahan, boleh kira murah ler jugak. Dah tu pakai remote control plak. Apa lagi, terus ler angkat. Dua bijik sekaligus.


Sampai kat rumah aku mintak tolong jiran aku yang pandai bab2 karan(elektrik) nih tolong pasangkan. Macam serahkan kat pakar ler tu kann.. Aku tak nak ler buat sendiri. Bukan apa. Nanti takut sampai 8 hari 8 malam menggodek2..kipas tuh masih segan..malu2 nak pusing. Paling aku risau, bukan sbb tuh jer, tapi aku takut, nanti aku jadik BARBEQUE..sbb kena karan. Woiii..jangan main2 bab2 karan nih woiiii.. BULEHH JALANNN TUHHH.. Aku rasa, aku tak sedia lagi NAK POIE KEK SINUNNN (nak pegi ke sana)...


Jadi, aku kena serah dengan orang yang pandai. Tapi masalahnya..bila jiran aku tu habis jer gantung kipas tu dan petik suis..kipas tu tak nak gak jalan. Benda yang sepatutnya kacang jer boleh settle..tak menjadi. Banyak kali cuba..tekan2 remote control, tapi kipas tu masih camtu gak. Jiran aku yang tadi kata, ‘ alahhh..ni pasang kejap jer nih, 20 minit boleh siap’, dah mula berpeluh. Kesian aku tengok. Napas dah mencungap2 sbb turun naik tangga dah lebih 20x. Muka pun dah naik merah. Kerja yang sepatutnya selesai 20 minit tadi, dah lanjut jadik 2 jam lebih.


Akhirnya..dek sbb kesian, aku cakap ngan jiran aku tuh. Ok lah tuan..tak boleh, takpe lah. Nanti aku mintak tolong pakar lain tolong pasangkan. Yang penting dia dah cuba. Jiran aku tu cakap, sebenarnya dia pun pening giler cari apa masalahnya dengan kipas aku tu. Masih tak mau pusing. Lagipun bukan dia tak biasa buat. Dah berpuluh kipas dia pasang kat tempat lain..tak pernah ada masalah macam tuh. Lastly..jiran aku tu mintak diri. Dia mengalah. Tapi…walaupun kipas tak berjaya dipusingkan..aku tetap kena huluq ler jugak. Yelahhh..takkan mintak tolong kosong jer kann..kesian kawan tuhhhh…


Besoknya aku talipon kedai tempat aku beli kipas tuh. Tokey kedai tu pulak suruh aku call terus dengan supplier..tanyakan tentang masalah tuh dan comp tu janji, diorang akan hantar staff ke rumah aku untuk betulkan keadaan tersebut. Seperti yang dijanji, 2 orang staff comp tu datang kat rumah aku. Peralatan lengkap sungguh aku tengok, yang diorang bawak masuk ke rumah. Lepas diorang belek2 kipas tuh lebih kurang, tukar remote control yang lain..than tekan, terus jer kipas tu berpusing. Aikkkhhh..camtu jer. Senangnya. Cinabeng punya kipas. Niamasohai betol..engko mainkan aku aper..?


Nasib baik servis tuh tak kena charge. Masih dlm gerenti. Tapiii..sesungguhnya dengan sedih aku nak bagitau, yang kejayaan kipas tu berpusing tak lama. Selang beberapa bulan, dia meragam lagi. Kali ni..jugak sbb remote controlnye dah bengong. Aku terpaksa lak pergi ke company tu mintak ganti yang baru. Masih free.







Sekarang..walaupun kipas tu baru pakai tak sampai setahun..biolnya dah datang balik. Pun sekaligus..dua2 sekali dah jadik macam hampehh. Dah jahanam.. Yang satu langsung dah tak mau pusing langsung, walaupun kadang2 aku tekan remote control macam nak pecah. Yang satu lagi pulak dah pandai operate sendiri. Tak payah dah aku nak bagi arahan. Aku On suis jer..terus pusing sendiri. Dia pusing pun slow jer, buat gerak perlahan. Sedangkan sepatutnya..aku kena On suis dulu, than lepas tuh aku kena pilih dia punyer speed kat remote control tuh..Low, Medium atau High, than baru kipas tu akan berpusing ikut pilihan yang aku buat. Tapi sekarang takde dah. Hishh..lawan tokey betul..


Dah ler tu. Cukup ler takat tuh. Malas dah aku nak layan engko. Engko buat ler engko punya suka. Engko nak pusing, engko pusing..kalau engko tak nak pusing pun aku dah tak kesah. Yang pastinya..aku dah bagitau ngan orang rumah aku..tak lama lagi kipas tu bakal ku hantar ke tempat yang selayaknya..KEDAI BESI BURUK.





Macam tu ler jugak dengan kamera adik aku nih. Aku tengok made in china gak. Memang banyak jual kat kedai kamera. Dia punya brand PENTAX. Cantik boleh tahan. Tapi dah jahanam gak. Dah tak boleh guna langsung dah. Tapi kalau boleh guna, ambik gambar kucing tapi keluar gambar unte..lagi ler haru kan. Padahal guna belum sampai setahun pun. Hampeh punyer made in china...


Pengajaran : Lain kali..kalau nak beli barang apapun, tak kira ler barang elektronik atau bukan..jangan ler lagi beli yang made in china. Walaupun harga memang lebih murah kalau nak banding dengan yang lain, tapi kualiti out..hampehh. Biar ler keluar belanja lebih sikit, tapi barang yang kita beli ada kualiti, boleh tahan lebih lama. Betol tak..? Engko setuju ke ngan aku..?


p/s Entri seterusnya macam biasa, jumaat 1 jan 2010 @ selepas darinya..insyaallah. Dan..kali nih aku mintak maaf kpd yg nyambut kristmas sbb aku tak leh nak ucap MERRY CHRISTMAS kat diorang disbb perkara nih (rujuk disini). Wallahualam.

Friday, December 18, 2009

Apa ada dalam Kaabah..

Sebenarnya..pada awalnya, aku sendiri pun tak pasti. Boleh ke tak ? Ada orang kata boleh..ada pulak kata tak boleh. Ada yang kata, ia menjadi rahsia antara kita dengan Allah, apabila kita telah melihat isinya. Tak boleh diceritakan kepada orang lain. Itu yang aku dengar dan mungkin ramai antara anda di luar sana jugak percaya. Tapi setelah aku buat study sendiri..aku dapati bahawa perkara itu tidak menjadi kesalahan. Bahkan maklumat ini ada disiarkan di beberapa blog yang lain ( lihat sini dan di sini,) yang lebih berautoriti. Ataupun anda boleh mengikuti perbincangan mengenainya di sini atau di sini.


Apa yang boleh aku petik, ' Kita sebagai umat islam tidak pentingkan apa yg ada dalam kabah, tapi apa yang kita kena pentingkan adalah..mendekatkan diri kepada TUHAN KABAH iatu ALLAH SWT yg MAHA KUASA. Yg salahnya ialah menceritakan tentang Allah, apa yg dia tak cerita tentang diriNya, atau pun menidakkan apa yg Dia cerita tentang diriNya... kerana itu aqidah kita sebagai ahli Sunnah wal jamaah iaitu beriman dgn TAUHID RUBUBIYAH, ULUHIYYAH DAN ASMA WA SIFAT yg mengisbatkan apa yg ALLAH sebutkan tentang diri Dia juga yg disebutkan oleh RasulNya saw tanpa ditakwil atau diputarbelitkan maksudnya '.


So..ikuti penerangan mengenainya, yang aku ambik terus dari salah satu blog yg aku sebutkan di atas...tanpa sebarang pindaan.


-------------------------------------------------------------------------------------


Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.


Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.




Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.






Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.


Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.


Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.


Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.


Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.


Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah



Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.


[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
________________________________________
Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press




-------------------------------------------------------------------------------------


Klip video yg seterusnya, anda boleh dapati dari sini...








Semoga kita mendapat sedikit manfaat dari entri yang disiarkan kali ini.




p/s Aku mengumumkan secara rasminya pelancaran BLOG TEMPLATE TERBARU utk blog aku. Lebih segar dan lebih besar..jugak lebih komersil. Semoga dengannya..aku akan lebih bersemangat utk berblog..sokongan dari anda di luar sana sangat2 aku harapkan. timakasih.


*** entri seterusnya pada Jumaat, 25 Dis 09 @ SELEPAS darinya..insyaallah. Dan..SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.

Friday, December 11, 2009

Tiada yg tidak benar..melainkan benar belaka..!!! (Part 1)

1. 83-year-old parasailing widow



(Filipina Marina “Mars” Salandanan, 83, literally took a leap on her birthday last month, when she went parasailing while on a Princess cruise in Mexico. ( sumber : kat sini ler )


Aku tabik betol ler ngan Opah nih. Berani nak mampus. Kalau aku mintak maaf ler. Bukan takat nak buat cam tu..naik kondo tingkat 10, lepas tu tengok kebawah pun aku dah rasa semacam..gayat giler. Entah ler. Aku pun tak tau kenapa. Bila aku berdiri kat beranda luar kondo tu, aku terasa rasa macam dinding beranda tu nak runtuh jer. Hishhh..ngeri aku.


Bila cerita bab gayat nih pulak..teringat aku pengalaman masa di taman tema..Cosmo World Theme Park, Berjaya Times Square. Hajat hati tu nak cuba ler semua permainan yg ade. Bukan apa..saja nak test, samada aku ni betul2 gagah dan berani atau sebaliknya..


Mula2 aku cuba yg nih. Aku tengok dia punye pusing pun tak berapa laju. Kira ok ler kotttt… mesti under control punyer lah.. Aku dengan penuh yakin mengambik tempat sebelah orang rumah aku . Tapi bila mainan tu start jer..laju dan laju dan makin laju..aku menggelabah. Jantung aku rasa macam nak tercabut. Saat dan tika itu, aku dah tak malu dah. Aku terus ler terpekik..terlolong. Allah akhbar… makkkkk.. nekkkk..atukkkk tiriiiii.. tolonggggg.. mati ler akuuuuuu…


Lepas mainan tu berenti..aku tengok orang keliling yang tengah beratur nak ambik turn..pandang semacam jer kat aku. Hishhh…apa la diorang nih..tak pernah tengok orang apaa..Aku blah selambe..tapi aku rase diri aku kecikkkkk jer masa tuh….






Aku tobatttttt… Tak nak dah. Cukup ler tu..aku cuba satu mainan, jangan tak cuba. Nasib baik ler aku tak naik mainan yang kat sebelah ni..roller coaster sebagai mainan pertama aku tadi. Kalau tak..sah2 aku mati keras dalam roller coaster tuh..Tapi aku musykil gak..Aku tengok ada yang naik roller coaster tu boleh duk diam..selamber jer. Engkorang nih takde perasaaan aperrr…








Tapiiiii…tak bolehhh jadikkkkk.. Mana bolehhhh.. Dah ler bayar mahal masa nak masuk tadi, takkan main satu mainan jer.. Last2, aku melangkah ke bahagian lain. Aku nak cuba mainan yang lain. Yang tak kurang bahaya dan ganasnye…







Aku cuba dua mainan lagi. Fuhhh..memang bahaya..ganasss giler. Masa naik mainan tuh..keadaan betul2 kelam kabut..tak terkawal.. Aku tengok ade penumpang tuh siap nangis2, jerit2, meraung, merengek dan sebagainye.
































Dan aku tersangat ler pasti..diorang tersangat ler takutnye.. Fuiiii..takuttttt.. Tapi aku pulak..boleh selamba jer masa tu..macam takde apa2 yang berlaku. Cehhh..apa lah diorang nih..itupun takut hah.. Tak cool langsung..memalukan...


Biler mainan tu berenti jer..aku pun melangkah pergi dgn penuh gaya..bangga..lapang dada..kerana sesungguhnye, KEGAGAHANKU BEGITU TERSERLAH TIKA ITU..hehehe..




2. Polygamy club draws flak in Indonesia



( Plans to open branches of a Malaysian "Polygamy Club" in Indonesia have upset women's groups and religious leaders in the world's most populous Muslim nation. ( sumber : engko tengok kat sini ))


Yang ni lagi ler aku 88x tabik. Siap nak bukak cawangan lagi. Nasib baik ler kat kawasan rumah aku ni takde rumah kosong atau rumah untuk disewa. Kalau tak, mau jugak aku suruh diorang tu bukak cawangan kat tempat aku nih. Lagi dekat ngan rumah aku lagi bagus. Bukan apa. Senang ler sikit aku nak tolong, kalau2 nanti diorang nak mintak apa2 bantuan. Dan..kalau diorang nak mintak aku tolong bayarkan sewa rumah untuk nak tempatkan club tu pun, aku sanggup..tersangat ler sudinye akuuuu...Ntah ler. Aku pun tak tau kenape. Tiba2 jer aku jadik semangat untuk jadik pemurah. Tapi yang pastinyer…aku takde niat lainnnnn…iklasssss…untuk MEMBANTU SESAMA INSANNN...heheheh.


Itu dulu. Berita terbaru..club tu tak boleh nak promo lebih2 plak..( baca kat sini ). Sebabnya, diorang takut gerakan yang dulu tuh..Al-Arqam, akan dihidupkan kembali. Apa lah diorang nih. Tak paham aku. Orang nak buat benda baik pun tak boleh. Sangsi..ragu memanjang.. Tapi aku tak kisah ler yang tuh. Itu bukan urusan aku. Bukan aku yang buat keputusan. Tapi apa yang aku nak bagitau..aku sedihhhhh sesangat ...ishhhh..ishhhh..ishhhh..sebab aku akan terlepas peluang untuk BERBAKTI PADA NUSA DAN BANGSA..hehehehhh..


p/s Entri seterusnye pada Jumaat, 18 Disember 09 @ SELEPAS darinye..insyaallah.

Friday, December 4, 2009

Aku sambut raya, raya sambut korban..korban punye raya..RAYA 'MAKAN KORBAN'..hishh..mana satu nihh..2009

Raya korban dah lepas pun. Macam tahun2 lepas, raya tahun ni pun macam tu jugak. Takde bende yg menarik. Takde ziarah2. Takde duit raya ( itu utk budak2 ler..bukan utk aku..). Tahun ni pulak, takde orang yg buat korban kat kampong aku,..tak macam tahun2 yang lepas. Tapi nasib baik ler jugak sbb esoknye , jiran aku buat majlis aqiqah. Siap semelih lembu lagi…




Hari jumaat, 27 Nov 2009..


Disebabkan raya jatuh hari jumaat, maka acara semelih korban utk kariah kg aku, ditangguh ke hari esoknya..sabtu. Bukan apa. Takut tak sempat..dah tuh terkejar kejar pulak utk semayang jumaat. So hari raya tu betul2 takde wat apa. Lepas je balik masjid..isi perut lebih kurang..terus menjalar balik..zzzzzzZZZZZ.. sampai ler nak masuk jumaat, baru bangun. Siap2 plak gi semayang jumaat.


Sedang rilek2 lepas balik jumaat, adik perempuan aku plak buat plan. Dia ajak gi ronda2..jalan2 cari makan. Aku onnn jer. Yelah..dari duduk rumah tak buat aper..baik kitaorang keluar. At least, hilang gak boring. Adik aku ajak gi makan ikan bakar kat Umbai, Melaka. ( Sikit nak cerita pasal aku ngan adik aku nih. Kitaorang memang dah biasa gi jalan sama2. Dan biasanya, apa yg kitaorang buat takde plan2 pun. Semua on the spot. Main redah jer. Lagipun, dengan cara tuh..baru kitaorang rase dia punye adventure. Kalau kitaorang pergi kat tempat yg tak biasa..kitaorang singgah jer kat stesen minyak Petronas..beli peta..habihh cerita.. )











Pemandangan dari jeti ( baru je siap) di sebelah Medan ikan bakar Umbai, Melaka. Pemandangannya begitu cantik sekali..apatah lagi dapat ler pulak tengok matahari terbenam..fuhhh..romantik sungguh. ( tambah lagi orang rumah aku ade kat sebelah..(terkenang mase dulu2))






Dalam perjalanan ke sana, kitaorang singgah ler pulak kat Perigi Hang Tuah. Itupun disebabkan kebetulan tempat tuh di laluan yang sama utk ke Umbai. Aku singgah pun cuma sekadar nak tengok jer..tak lebih dari tu. Dan bukan jugak sbb aku respek kat mamat laksemane nih..malammm skit. Pada aku..nilah contoh mamat paling bengong dan paling bengap. Memalukan..taat membabi buta..tak kena tempat..sekalipun pada pemerintah yang zalim. Aku rase, inilah jugek contoh melayu yang bodoh..sanggup dipergunakan..dan lebih teruk, sanggup membiarkan diri dipergunakan oleh orang lain. ' TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA ', kononnn..PIRAHHH MABUK...!!! ( sori ler kalau engkorang kat luar tuh tak sependapat ngan aku. Aku peduli apa..Lagipun ni kan rumah aku. Aku punya suke ler nak cakap apa kan..! kan..! kan..! )






haaaa..ni ler periginye. Dia punyer air jernih dan sejuk betull..diorang sana kata boleh buat ubat @ penawar penyakit. Hishhh..kurafat betul diorang nih..




Sabtu, 28 Nov 2009


Pagi2 lagi aku dah bersiap. Pakaian macam nak gi perang tuh. Nasib baik helmet takde. Kalau tak, mungkin jugak aku terpakse memikir utk menggunakannya. Yelah..sejak aku dengar hari tuh kat kuala trengganu, ade orang kena serang ngan lembu..(sumber: the star online, Wednesday November 18, 2009 ) aku kena sentiasa berhati hati. Aku tak nak ler pisang berbuah sampai 88 kali. Aku tak nak ler terpilih sebagai peserta bertuah yang kedua dimasukkan ke sepital..cedera parahh, sebab kena sondol..kena tenok ngan lembu. Memang ia menjadi sejarah negara. Pertama kali berlaku. Tapi..aku tak nak cipta sejarah yg hampehh macam tuh..yg tentu nanti memalukan aku. Kalau aku cipta sejarah kerana mengangkat seekor lembu garang ngan sebelah tangan..ok ler jugak. Ini takk..kene tenok ngan lembu..hishhh..selisih malaikat…Dan sehingga tarikh entri ni ditulih..lembu yang membuat onar tersebut masih lagi belum dapat ditangkap.


aku rase ni ler dia kottt..pesalah yang sedang dicari..tambah lagi pakcik tu kate, yang lembu tu tengah pregnant..tapii, yg ni ade tanduk ler pulak..pakcik tu kate, takde. OOoooo..engko pakai tanduk palsu yerr..dah engko sungkit kawan tu separuh mati, engko nak lari yerrrr...


p/s entri seterusnye pada jumaat 11 disember 09 @ selepas darinye..insyaallah.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP