Friday, February 26, 2010

Aku manusia biasa..BOLEH CAKAP, TAK TENTU LAGI BOLEH BIKIN..!!!

MINTAK MAAF LAH YER..!!! Aku rasa itulah ucapan paling syahdu yang boleh aku beri. Biasa ler. Orang dah buat salah, kena ler mengaku. Dah janji tapi tak tunai, memang ler salah. Pandai cakap tapi tak pandai buat, memang ler silap. Janjiku untuk publish entri pada tiap jumaat, barai lagi. Tapiii..apa lagi yang boleh aku kata. Cuma sekadar itu. AKU..MANUSIA BIASA...


Manusia biasa..CAKAPNYA TAK SERUPA BIKIN. Boleh cakap, tapi tak tentu lagi boleh bikin. Boleh janji, tak tentu lagi boleh kota. Kata2 manusia..umpama menanam tebu di bibir. Boleh dengar, tapi jangan penuh percaya. Chehhh...dah melalut ler pulak aku nih...


Maaf sekali lagi. Bukan sengaja memberi alasan. Tapi itulah yg sebenarnya. Aku sibuk sikit minggu ni. Sibuk bantu menguruskan anak sedara yang nak masuk asrama. Anak adik ipar aku yg sakit, yg aku cerita dalam entri sebelum ni. UPSR baru ni dapat 5A. Dapat masuk MRSM Kuala Lipis. Baru jer daftar 17 Feb (Rabu) lepas.



( Aku lupa nak ambik gambar. Yang ni aku ambik dari sini )


Aku tengok, anak sedara aku ni nampak ok jer masa hari pertama daftar. Nampak relak, senyum jer memanjang. Mungkin dia rasa bangga. Daripada ramai2 orang yg mohon ke MRSM, dia antara yang terpilih. Masa kitaorang nak balik pun, dia masih boleh sengeh, senyum2. Takde nampak sedih langsung. Dan aku anggap semuanya settle...


Tapiiii...rupa2nya, adegan senyum2 dulu tu sekejap jer. Hari ketiga, Jumaat ( 19 hb ), dia talipon mak mertua aku..nangis2, merayu rayu mintak nak balik. Tak nak duk sana lagi dah. Macam2 alasan dia bagi. Kene buli ler. Asrama ada toyol ler. Nampak lembaga hitam ler. Pendek kata, macam2 alasan. Nasib baik dia tak kata nampak Wolfman .. Kalau tak memang sah aku sekeh kepala dia...


( The Wolfman, masih lagi hot kat panggung )


Mak mertua aku pulak talipon, cerita apa yg berlaku. Masa dengar dia cakap tu, aku senyum dalam hati. Aku terkenang masa dulu2. Masa aku sendiri nak masuk asrama, naik tingkatan 1. Sekolah baru aku, SMSNS atau nama barunya, STJ. Masa mula2 tau dapat masuk asrama memang bersemangat. Tak sabar nak pergi. Tambah lagi dapat kelengkapan sekolah, semua baru2. Masa nak pergi tu, ramai pulak yang ucap selamat. Tak kurang jugak yang bagi nasihat itu ini. Tapi bab yang paling best, diorang ni bukan takat hulur nasihat, tapi hulur duit gak. Diorang kata, untuk buat belanja masa kat sana. Kiranya banyak ler jugak collection yang aku dapat masa tu. Suka tak terkira. Rasa kaya sekejap. Yelah..kan ke aku nak pergi berjuang, kena ler cukup bekalan...heheheee


Tapi suka aku tu pun sekejap jer. Bila dah selesai semua urusan pendaftaran hari pertama dan tiba masa abah ( aruah ) nak balik dan meninggalkan aku sendiri menempuh dunia baru..aku rasa sayu sangat. Semangat aku hilang entah ke mana. Walaupun aku tak menangis, tapi mata aku merah ler jugak  Kalau boleh mau jugak aku pegang kaki abah, tak nak bagi dia balik. Masa diorang berlalu pergi, aku masih berdiri kaku melihat kenderaan yang abah naik, hilang dari pandangan.   


Semangat anak jantan. Sekali menapak, akan terus melangkah. Pantang undur sebelum berjuang. Takkan mengaku kalah sebelum turun ke medan. Berpantang maut sebelum ajal... Hishh..apa kena pulak aku kali nih. Cakap melalut lalut. Dah macam Hang Jebat ler pulak...


Ok lah. Cukup ler cerita pasal aku. Balik semula cerita anak sedara aku. Dalam kami berfikir fikir nak buat cam mana dengan masalahnya tuh, tiba2 hari Sabtu ( 20hb ), lebih kurang  pukul 6 pagi, henpon aku bunyi. Aku kalau henpon bunyi waktu2 pelik nih, aku suspen sikit. Aku tengok pulak no yg keluar kat henpon tu no mak mertua aku. Dalam kepala aku dah pikir macam2. Mesti hal anak sedara aku tu lagi. Aku cakap macam tu sbb dia dah warning, kalau tak jemput jugak dia balik rumah, dia nak lari dari sekolah. Fuhhh..terer betul ler budak nih...


Tapiii..yang sebenarnya, mak mertua talipon sebab lain. Mak sedara ( kakak mak mertua aku ) yang duk sebelah rumah, meninggal dunia. Baru je kejap. Sebabnya..sesak nafas. Kena pun tiba2 jer. Innalillahi wainna ilaihirajiunn..DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI. Ya Allah..mudahnya kalau Tuhan nak ambik nyawa. Aku terkedu sekejap. Membayangkan kiranya ia jadi kat aku. Apakah aku dah sedia..?Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku...


So, itulah yg berlaku. Aku kena balik kg (Kelate) lagi, walaupun aku baru jer balik sana belum pun sampai sebulan. Balik 3 hari. Dan selama tu jugak lah, aku tak sentuh laptop aku. Pada Isnin ( 22 hb ) lepas, baru balik ke KL semula.


Masa balik KL, kena singgah kat MRSM, jumpa anak sedara, nak settle kan masalah. Masa mula2 jumpa, muka dia memang dah muncung. Dia kata, nak ikut jugak kitaorang balik sekali, tak kira apa jadi. Puas kitaorang pujuk. Last2, lepas lebih 2 jam kena brainwash, akhirnya dia tarik balik keputusan. Aduhhh..lega betulll...


So sekarang, anak sedara aku tu dah ok. Dan waktu entri ni di publish, dia ada kat rumah aku. Cuti maulidur rasul 3 hari. Kitaorang pergi jemput dia semalam, Khamis 25 hb, lepas kerja. Saja tak nak bagi balik kelate. Takut dia ubah pikiran, tak nak balik semula ke asrama. Lagi ler haru nanti. Dan hari Ahad ( 28hb ) ni, kitaorang kena hantar dia balik semula ke asrama. Kalau nak kira, jenuh ler jugak. Tapi aku tak kisah. Yang penting, harapan kitaorang moga dia akan jadi manusia berguna suatu hari nanti dan dapat membela nasib keluarga. Aminnnn...


p/s   Aku tak berani nak janji dah, bila aku akan post entri yg seterusnya. Cukup ler 2x aku mungkir. Apa yang aku boleh kata, aku akan cuba menulis sekerap yg mungkin. Tapi yang pastinya, mulai penghujung Mac akan datang, komitmen kerja aku makin bertambah. Nak tau aku buat apa, akan datang aku bagi tau. Tunggu jer la yer....dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Friday, February 12, 2010

Kita selalu lupa apa yg kita miliki..TAPI SERING INGAT APA YG ORANG LAIN ADA..!!!

Sebenarnya entri nih dah lama aku tulis. Lebih kurang 3 minggu lepas. Tunggu masa nak publish jer. Masa tuh, aku masih di Pasir Putih, Kelantan, rumah mertua aku..tengah cuti. Cuti yang paling panjang aku rasa. Tak pernah lagi aku cuti panjang macam ni. Nak dekat 20 hari ler jugak. Walaupun begitu, kebanyakan hari dihabiskan kat rumah jer. Tak boleh nak gi mana. Keadaan tak mengizinkan. Adik ipar aku sakit. Tak tau sbb apa..


Adik ipar aku ni guru tadika. Dan betul2 di sebelah tadikanya tuh, ada sebuah lagi tadika lain. Dan mungkin disebabkan berebut anak murid atau jugak sebab lain mungkin, adik ipar aku nih 'dikenakan'. Itu yang aku diberitahu. Betul ke tak, aku tak tau. Sakit tu pulak pelik sikit. Bukan setiap masa. On & off. Bila masa ok, dia boleh gelak ketawa, pergi kerja macam biasa. Tapi bila tak ok, kadang2 sampai meracau racau, terjerit jerit menahan sakit. Dah banyak jugak tempat pergi berubat. Dah ramai jugak tok bomoh dan ostad yg datang kat rumah..tapi sampai sekarang masih tak betul2 ok gak lagi.


Mungkin belum jumpa yang serasi. Orang kata, nak sembuh sakit ni bukan mesti kena cari bomoh besar, yang mengaku hebat atau yang terkenal, tapi kena ikut rasi. Kalau tak rasi, tak jadi.


Apa yang dapat aku kata dari keadaan yang berlaku..itulah rupa sebenar manusia. Tak boleh lari dari sifat hasad dengki. RAMBUT SAMA HITAM tapi hati belum tau. Kadang2 orang yg kita tengok baik depan mata, kat belakang kita belum tentu. Kata orang bijak pandai..KITA SELALU LUPA APA YG KITA MILIKI, tapi KITA SERING INGAT APA YG ORANG LAIN ADA. Pikir2 kan..


Tapii..yang sebenarnya, aku tak berapa percaya ngan bomoh2 nih. Tambah lagi sekarang, macam2 bomoh putar alam. Bermacam dah aku dengar. Yang ambik kesempatan, terutama  pada pesakit pempuan, pun ada. Yang banyaknya..menjadikan kerjaya tu sebagai sumber pendapatan. Sedangkan apa yang aku tau ( kalau salah tolong betulkan lah yer..), dalam ilmu perubatan Islam, kita tak boleh menetapkan sebarang bayaran tertentu atas bantuan yg diberikan.








Habih cerita tuh, kita balik semula kat cerita aku. Disebabkan oleh masalah tuh, maka aku tak boleh nak gi ronda2 sangat. Bukan maknanya tak pergi langsung. Cuma kena pilih hari2 yg keadaan adik ipar aku tuh ok. So, aku akan cerita tentang betapa UNIKNYA KELANTAN..samada dari segi makanan, tempat2 tumpuan yg menarik, peniaganya dan lain2 pada entri yg akan datang. Tungguuu...




p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT..insyaallah.

Friday, February 5, 2010

Malaon mana ler punya kerja nih..!!!

Aikhhh..!! Aku terkejut sungguh. Mana pulak pergi nya nih. Aku yakin memang aku letak kat situ tadi masa nak masuk. Pasti sungguh. Tak silap. Tapiii..mana pergi nye sekarang nih. Takkan hilang lagi kot. Padahal aku baru jer beli dua hari lepas. Dia punya bau kedai pun tak hilang lagi..


Aku cuba cari2 lagi. Mana tau, mungkin ada orang tersalah ambik. Atau mungkin ada orang lain guna,  dah tu  lupa nak letak balik kat mana. Aku cuba bersangka baik. Cuba pujuk hati. Lagi pulak, aku pun pernah buat benda yang sama..pinjam orang lain punya. Cuma bezanya..aku akan letak balik semula, kat mana aku ambik. Yelah..kadang2 aku terpaksa. Takkan nak pakai kasut pulak kottt.. Bukan tak boleh..tapi tak selesa. Takut nanti kasut lembab, basah kuyup kena air.  


Aku tak sangka. Betul ke dah hilang nih..? Aku tanya lagi dalam hati. Masih ragu2. Tak pasti. Sebabnya..aku yakin sangat yang aku baru jer KELUAR DARI MESJID. Bukan baru balik dari rumah kenduri kawin atau kenduri potong anu. Kalau dalam majlis2 yang macam tuh, aku tak ler kesah sangat pun. Memang aku tau, yang datang majlis tu pun macam2 jenih orang. So, untuk lebih pasti, aku toleh Papan Kenyataan kat belakang aku. Sah..memang betul. Tak salah lagi. Aku tak mimpi. Kat Papan Kenyataan tu ada tulis nama mesjid, ' Masjid #@#^%  ^&amp #$#@  $%*&amp, Ampang, Selangor '.


Hishhh..MALAON MANA LER YG REMBAT SELIPAR AKU NIH.. Kalau dapat, mau jugak aku SUNATKAN diorang nih... Hati aku bergetus lagi. Geram betul aku..


( siap pakai kunci tuh..tapi takkan sampai aku pun nak buat cam tu jugak kottt....( gambar diambil dr sini ))


Tapiii...ni budak kecik ke orang tua punya kerja nih ? Aku tanya hati lagi. Aku pelik. Diorang ni tak pikir apa. Kan ke baru keluar dari Mesjid. Tempat sembahyang. Tempat ibadah. Tempat bertemu Allah. Tempat mengadu dan berdoa segala benda. Tapi kalau lepas tu mencuri pulak, rasa2 nye makbul ke doa tuh. Aku tak tau, tapi aku rasa tak kena..


Doa tu satu hal. Yang ambik selipar orang tu pulak, diorang ni tak tau ker..? Kalau selipar orang NO 1 hilang, dia terpaksa ambik selipar orang NO 2 sebagai ganti. Orang NO 2 pulak terpaksa buat perkara yg sama dan begitu lah seterusnya. Berulang ulang. Tak ke dosa kesalahan tu nanti jadik bertimpa timpa.


Tapiii..yang sebenarnya, aku bukan kesah sangat pun pasal selipar tu hilang. Bukan mahal pun. Selipar jepun jer. Tak sampai RM5 sepasang. Apa yg aku kesahkan, ialah tentang sikap diorang nih.. Ambik mudah. Ambik rengan. Yang pasti..ia tetap salah. TETAP MENCURI JUGAK NAMANYA.. Jangan kira pasal harga. Itu soal kedua. 


Itu baru bab curi selipar kat mesjid. Aku rasa kesalahan tuh dah besar sangat dah. Tapiiii..macam mana pulak dengan kes yang nih..masih berkaitan ngan masjid..Cerita sorang Mamak Bendahara, Ketua Negara mana yer..lupa pulak aku.. Alahhhh..yang tu tuhhhh...(kalau engkorang ambik tau pasal masalah negara tu..engkorang mesti tau punya lahhhh...). Maksud aku..TIPU DUIT PERUNTUKAN UNTUK MESJID. Aku tak tau betul ke salah. Kalau ler betul, apa cadangan engkorang. Patut disunatkan jugak ke atau kasi potong habih. Tolong jawab sikittt...


p/s Entri yg seterusnya pada setiap JUMAAT..insyaallah.





  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP