Friday, January 1, 2010

Unte boleh terbang ? Engko giler apa...

2010 dah muncul pun. Tahun 2009 pulak dah selamat aku talkin kan. Meninggalkan seribu satu macam cerita. Panas, hangat, hangit..semua ada. Tapi yang paling memberi kesan kepada aku, adalah tentang apa yang jadik kat Perak. Apa yang boleh aku kata..tunggang langgang, lintang pukang. Sebabnya..kuasa. Aku sedih sangat. Betul ler apa yang aku dengar..manusia sanggup buat apa saja untuk nak dapat kuasa. Pesan aku senang jer..kita boleh kelentong satu atau sepuluh orang pada satu2 masa, tapi kita tak boleh KELENTONG SEMUA ORANG PADA SETIAP MASA.


Takpe lah. Aku tinggalkan bab tuh. Tajuk berat. Apa yang aku nak share dalam entri kali nih adalah tentang cara sambutan tahun baru kat negara tercinta kita nih..walaupun rasanya sikit terlewat. Tapi takpe lah. Mungkin boleh jadik peringatan dimasa2 akan datang. Balik semula kat persoalan tadi..tentang sambutan tahun baru. Apa yang aku boleh cakap, bahasa mudahnya..ia bukan cara kita..bukan budaya kita sebagai orang Islam. Full stop.. Aku tak nak cakap lebih2. Aku bukan reti pun. Tak pandai. Takde ilmu. Masih jahil lagi bab2 agama nih.


Aku lebih rela cakap pasal cawan, sudu, tupperware, pinggan mangkuk, mangkuk tingkat, tingkat 18 atau sebagainya. Itu aku reti. Memang aku dah khatam pun. Kalau engko suruh aku merapu bab2 MANGKUK AYUN pun boleh..lagi aku terer.






( gelek kak..gelekkk..uhhh..uhhhh.. )

Yelahh..sebenarnya bab2 agama nih bukan boleh main2 woiii.. Tak boleh main lepas jer. Silap cakap boleh lingkup akidah tuh. Kalau aku cakap, unta boleh terbang atau kucing boleh bertelor..engkorang mesti cakap aku biol. Habih2 berat pun, engkorang akan cakap..ENGKO GILER APA..? Akidah, iman..aku rasa masih ok. Tapi kalau aku cakap rukun iman ada 8, tuhan ada 10..dah sah2 aku sesat. Akidah aku barai. Tu sebab aku tak nak ulas panjang2. Bukan bidang aku.


Dgn sbb tu..biar ler aku bagik orang yang lebih berhak, yang ahli..bercakap tentang benda tuh. Jadik, aku serahkan kepada Ust Zaharuddin untuk bagitau tentang HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI..tanpa sebarang suntingan.




-----------------------------------------------------------------------




Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri.


Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-


* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.


Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah" Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).


Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat " ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)


* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.


* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).


* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.




----------------------------------------------------------------------




Semoga aku, kita, anda semua..mendapat sedikit manfaat dari entri kali ini. timakasih.


PENTING : Gambar2 yg disiarkan adalah sekadar hiasan semata mata. Takde kaitan dgn yg hidup, apa lagi ler dgn yg dah gi 'jalan2'. Sebenarnya, aku nak letak gambar siput gondang dgn garpu plastik jer, tapi aku cari2 tak jumpa. Haaaa..tu sbb aku letak jer lah gambar tuh. Ulang sekali lagi. Takde kaitan okeyyyyy....Yang penting letak. Kalau aku tak letak, takde pulak kaler2..mesti tak hensem..kan ! kan !




p/s Entri seterusnya pada JUMAAT, 8 Jan 2010 @ selepas darinya..insyaallah. Jugak..SELAMAT TAHUN BARU kepada semua.

3 comments:

  1. salam akhi nasir...
    dah terang lagi bersuluh, sambutan tahun baru dikebanyakan tempat diseluruh negara kita lbh kepada acara yang menjurus kepada hiburan dan keseronokan semata. muda mudi terkinja-kinja, mabuk, percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas. Bagaimana mungkin kita hendak meletakkan hukum harus lagi pada sambutan seumpama ini...
    pandangan ikhlas saya...wassalam

    ReplyDelete
  2. aku x penah sambut tahun baru ke, merdeka ke, apa2 ke... selalu malam new year n merdeka aku melingkor atas katil... kroh kroh

    ReplyDelete
  3. Salam..agaknya kita2 ni insaf sekejap pas2 buat balik..
    Tentu ramai yg masih ingat thn 2004..TSUNAMI..
    Tp ms tu pak lah kata bg mengingati mangsa, buat sambutan thn baru x de enjoy2..tapi skrg apa jadi?

    Kita memang manusia lemah dan tak berdaya.Tapi Allah masih memberi kita peluang bertaubat.

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP