Friday, January 15, 2010

Aku bayar penuh..TAKKAN MASUK SUKU JER..!!!

Nogori Sombilan memang best. Negeri aku. Negeri beradat, yg terkenal dengan Adat Perpatihnya. Aku bangga menjadi salah seorang penghuninya. Kehebatannya tambah terserlah setelah ia belasah Kelantan 3 - 1 dalam final Piala Malaysia yang baru  lalu. Manis sungguh kenangan tuh..


Kebetulan masa game tuh, aku di Kelantan, kat rumah mertua aku..balik cuti. Pada awal perlawanan, aku diam je, tak banyak bersuara. Maklum ler aku sorang, diorang pulak ramai. Lagipun aku tak jangka N 9 boleh menang pun. Bukan aku jer cakap. Semua orang pun kata macam tuh. Tapi bila N 9 mula dapat gol pertama..aku mula aggresif. Melilau satu rumah. Tak senang duduk. Aleh2..bermula saat itu sampai game tamat..rumah mertua aku tuh dah jadik macam rumah mak bapak aku sendiri. Yang dengar hanya suara, jerit aku jer. Suara sumbang lain dah hilang. Adik ipar, biras, mak pak mertua aku semua dah takde. Dah hilang. Aku tak tau diorang gi mana. Mungkin diorang semua tengah angin kotttt..ngan player Kelantan ke atau ngan aku, aku tak tau...




Lepas game habih, aku bancuh sendiri teh tarik, hidang kat diorang..nak pujuk hati ler kononnn.. Tapiii, diorang kata teh tarik yang aku buat tuh pahit, dah tu pulak tak cukup susu..rasa tawar. Sedangkan tadi aku rasa, memang dah sedang2 elok pun..memang kow.  Kalau biasa mamak tarik atas bawah, aku siap tarik sisi, kiri ke kanan lagiii. Dia punya buih..fuhhhh, tak payah cakap..menggunung sampai meleleh leleh keluar.  Tapiiiii...kenapa diorang cakap macam tu. Aku keliru. Tak tau. Tapiiiii...oooooooOO...baru aku pahammm.. Fuhhhhhh...angin sungguh rupanya diorang ngan aku. Tapiii..takkan ler sebab kalah teruk, sampai  TEH TARIK AKU PUN RASA TAWAR PULAK KOTTTTT.. tak patut sungguh diorang nih..hehehehhhh...


Nogori Sombilan memang hebat. Sehebat namanya yang merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor ( sumber disini ).






Memang hebat N 9. Sehebat adat dan budayanya. Disanjung tinggi mungkin oleh seluruh penduduk negerinya, termasuk aku.. Tapiii..tak ler sampai sanggup aku nak kata..' BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT '..walaupun ia sekadar perumpamaan. Perumpamaan yg kononnya melambangkan keteguhan berpegang pada adat. Pada aku, tak kena langsung. Aku rasa lebih sesuai kalau ditukar jadik, ' BIAR MATI ADAT YG MENYIMPANG, ASAL JANGAN MATI ANAK, WALAUPUN YG PERANGAINYA MACAM CIPAN '. Aku rasa2 ler...


Dannnn..bila aku cakap macam tu..jangan ler harapnya orang diluar sana takut pulak nak kawin ngan pempuan N 9 nih. Aku cakap macam tu sbb aku pernah dengar orang cakap, ' kalau engko kawin ngan orang N 9, kena hati2 skit. Takut papa..muflis, sebab semua harta jatuh kat orang pempuan.


Sebenarnya, itu salah faham jer. Tak perlu risau sbb ada benda lain lebih penting yg perlu dirisaukan... Yang betulnya dalam Adat Perpatih nih, semua harta yg dikatakan jatuh kepada orang pempuan tu, hanyalah Harta Pusaka yg diwarisi drp keluarga pempuan tu sendiri. Harta Sepencarian yg dikumpul bersama sepanjang tempoh perkahwinan pulak, akan dibahagi antara suami isteri, sementara Harta Bawaan, ie.harta milik suami yg dibawa sebelum berkahwin menjadi hak suami sepenuhnya. Weiiii...tak cantik ke adat tuhhh...


Bila cerita bab N 9 nih pulak, tak boleh lari dari bercakap tentang SUKU nya. Orang yg nak kawin ngan orang N 9 kena masuk suku dulu. Ada ler caranya. Dan bab selepas tu ler, yg merupakan bahagian penting yg lebih perlu engkorang bimbangkan, spt yg aku cakap kat atas tadi. Aku siap highlight merah lagi. Aku cakap macam tu sbb aku ada dengar orang merungut, cakap,  ' Aku bayar maskawin penuh, aku bayar hantaran penuh, semua aku bayar penuh..tapi bila sampai masa nak buat ' projek mega' (aku tak nak ler ulas panjang2, paham2 sendiri udah ler yer.. Kalau tak paham jugak, meh sini aku sekeh kepala tu sekali..nak bagi pahammm.. ) takkan yg tu pun kena masuk suku jugak kotttt..!!! Hisshhhh..apa punya musykil ler diorang nih. Tak reti langsung aku nak jawab cam mana. Engko jawab jer ler sendiri yer.....hehehehhhhh..


p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT atau selepas darinya..insyaallah.

2 comments:

  1. ntahla... dah adat diorang.. terpakse ikut jer la kalau nak kawen dgn orang negeri nie.. :D

    ReplyDelete
  2. mak den org n9, sedaro-maro den bersepah kek bahau... cumo den dibosarkan di johor dan skang bermastautin di selangor. org2 n9 memang bes n happening... pasal adat den tatau sgt sebab spjg pengetahuan den, takdola mano berat pun adat nye... yg dok sebuk amal org2 tua je... ramai yg dah arwah pun... belia2 termasuk batch omak den pun tak ikut sgt... tapi pendapat den, "biar mati anak, jgn mati adat" tu takleh pakai sebab kalau mati anak sape nak teruskan adat, btul tak? pado den, adat melayu itu indah, mano yg tak salah, biarlah teruskan... bangsa lain macam org arab pun masih kekalkan adat yg menyusahkan.. sayangilah adat budaya kita selepas agama, bangsa dan negara.... chayok!

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP