Friday, January 29, 2010

Sapa nak buat haji..MURAH JER NIH..!!!

Pertama sekali, sebelum aku teruskan tulisan aku kali ni, aku nak mintak maaf ler dulu sbb entri pada jumaat minggu lepas tak timbul2. Bukan apa. Bukan sbb takde bahan atau apa, tapi sbb internet service kat rumah nih lemah lembut sangat, sopan santun sungguh. Ngalah kan abang auww...Lambat dan lembap tu satu hal. Yang dah dapat connection pulak, kejap2 putus. Kejap ada..kejap takde. Dah macam biskut merry ler pulak.  Hishhh..tension betul aku...


Kalau tiba time teruknya, dia punya slow tu ngalahkan kekura. Nak bukak satu2 laman web tu berzaman.. Tambah lagi ler kalau laman tu banyak sangat letak segala macam gambar tok nenek. Itu nak letak. Ini nak gantung. Lagi ler berat. Alamatnya..sepenanak nasi jualah adanya..masa yg diambik untuk bukak laman tu keseluruhannya. Hishhh..bengang betul aku...


( ni kekura ke apa nih..dia punya leher dah macam zirapah jer aku tengok..!!! )


Sebenarnya, masalah ni bukan jadik kat Pasir Putih jer ( aku kat Kelate masa tuh..tengah cuti ) tapi keadaannya serupa gak kat kg aku, N 9. Mula dari siang, sampai ler ke tengah malam atau awal pagi. Service macam hampeh. Yelah, mungkin waktu tu ramai pengguna kot... Kalau nak dapat service yg ok, kena ler bangun pukul 4, 5 pagi..haaa, baru ler dapat buat keja sikit. Tu sbb kalau engkorang tengok balik kebanyakan entri aku yg lepas2, tu ler pun, time nya aku post entri aku..


Bila sebut bangun awal pagi sangat nih, walaupun bukan selalu...sebenarnya ada jugak baguih nya.  Yelah..mungkin tuhan nak bagi peringatan kot. Kalau selama nih bangun pukul 3, 4 pagi sbb nak tengok bola, England vs Perancis atau Brazil vs Argentina masa Piala Dunia..mungkin kali nih Dia nak suruh aku buat Qiamullail ler pulak kot. Ye ler...dah lama sangat dah tak buat nih...




Sama jugak dengan orang yg suka sembang, gebang atau duk bersidai kat kedai kopi dari pagi sampai petang tuhhh... Bukan semuanya tak baguih. Tak elokkk.. Kalau engkorang tengok betul2, sebenarnya ada jugak kebaikan yg tersirat. Pada aku, diorang nih memang hebat sungguh. Takde sapa boleh ikut. Bukan calang2 orang boleh buat. Iman teguh, ampuh sungguh. Yelah..dengan modal secawan kopi jer kadang2,  diorang ni mampu BUAT HAJI  tiga empat kali sehari . Belanja pun murah jer..tak payah pakai ribu2. Kan pakcik kannnnn... hehehhehee..


( Bergaya betul cik abang nih. BUAT HAJI siap pakai tie lagi. Yang pakcik2 tu pulak, tekun betol nengok praktikal orang tengah MENGERJAKAN HAJI.. mana tau nanti ada seru pulak kottt...hehehehhhh)
(gambar sekadar hiasan)


p/s Entri seterusnya pada setiap JUMAAT atau selepas darinya..insyaallah. 

9 comments:

  1. baguslah 2 bangun pagi2.. dapat saudara bermunajat kepada Allah terlebih dulu sebelum "bermain" internet.. :)

    psst: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    ReplyDelete
  2. macam labi2 dinosour jer rupe die.. hari2 dapat buat haji yer.. dengan maen dam haji jer.. aha!~ :)

    psst: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    ReplyDelete
  3. Salam.
    La...ingat kan betul dapat buat aji murah. Gimik rupanya. Panjangnya leher hamba Allah tu. Indah ciptaan Allah swt.

    ReplyDelete
  4. nasier to ahmad zulfadhliFebruary 1, 2010 at 1:52 PM

    Haaa..baru tau ye. Ni kira package haji paling murah dlm dunia ler..

    ReplyDelete
  5. Aikhhhh..tak betul ke ? Tu kira haji ler jugak tu kannnn..hehehehhhh..

    ReplyDelete
  6. bagus mengerjakan haji seperti ni...untuk menajamkan fikiran & untuk mencambahkan lagi neurons!

    ReplyDelete
  7. nasier to sonata anak kancilFebruary 2, 2010 at 1:14 AM

    Haaaa..kan saya dah kata..bukan semua yg diorang buat tu tak baguih kannn..

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP