Friday, February 5, 2010

Malaon mana ler punya kerja nih..!!!

Aikhhh..!! Aku terkejut sungguh. Mana pulak pergi nya nih. Aku yakin memang aku letak kat situ tadi masa nak masuk. Pasti sungguh. Tak silap. Tapiii..mana pergi nye sekarang nih. Takkan hilang lagi kot. Padahal aku baru jer beli dua hari lepas. Dia punya bau kedai pun tak hilang lagi..


Aku cuba cari2 lagi. Mana tau, mungkin ada orang tersalah ambik. Atau mungkin ada orang lain guna,  dah tu  lupa nak letak balik kat mana. Aku cuba bersangka baik. Cuba pujuk hati. Lagi pulak, aku pun pernah buat benda yang sama..pinjam orang lain punya. Cuma bezanya..aku akan letak balik semula, kat mana aku ambik. Yelah..kadang2 aku terpaksa. Takkan nak pakai kasut pulak kottt.. Bukan tak boleh..tapi tak selesa. Takut nanti kasut lembab, basah kuyup kena air.  


Aku tak sangka. Betul ke dah hilang nih..? Aku tanya lagi dalam hati. Masih ragu2. Tak pasti. Sebabnya..aku yakin sangat yang aku baru jer KELUAR DARI MESJID. Bukan baru balik dari rumah kenduri kawin atau kenduri potong anu. Kalau dalam majlis2 yang macam tuh, aku tak ler kesah sangat pun. Memang aku tau, yang datang majlis tu pun macam2 jenih orang. So, untuk lebih pasti, aku toleh Papan Kenyataan kat belakang aku. Sah..memang betul. Tak salah lagi. Aku tak mimpi. Kat Papan Kenyataan tu ada tulis nama mesjid, ' Masjid #@#^%  ^&amp #$#@  $%*&amp, Ampang, Selangor '.


Hishhh..MALAON MANA LER YG REMBAT SELIPAR AKU NIH.. Kalau dapat, mau jugak aku SUNATKAN diorang nih... Hati aku bergetus lagi. Geram betul aku..


( siap pakai kunci tuh..tapi takkan sampai aku pun nak buat cam tu jugak kottt....( gambar diambil dr sini ))


Tapiii...ni budak kecik ke orang tua punya kerja nih ? Aku tanya hati lagi. Aku pelik. Diorang ni tak pikir apa. Kan ke baru keluar dari Mesjid. Tempat sembahyang. Tempat ibadah. Tempat bertemu Allah. Tempat mengadu dan berdoa segala benda. Tapi kalau lepas tu mencuri pulak, rasa2 nye makbul ke doa tuh. Aku tak tau, tapi aku rasa tak kena..


Doa tu satu hal. Yang ambik selipar orang tu pulak, diorang ni tak tau ker..? Kalau selipar orang NO 1 hilang, dia terpaksa ambik selipar orang NO 2 sebagai ganti. Orang NO 2 pulak terpaksa buat perkara yg sama dan begitu lah seterusnya. Berulang ulang. Tak ke dosa kesalahan tu nanti jadik bertimpa timpa.


Tapiii..yang sebenarnya, aku bukan kesah sangat pun pasal selipar tu hilang. Bukan mahal pun. Selipar jepun jer. Tak sampai RM5 sepasang. Apa yg aku kesahkan, ialah tentang sikap diorang nih.. Ambik mudah. Ambik rengan. Yang pasti..ia tetap salah. TETAP MENCURI JUGAK NAMANYA.. Jangan kira pasal harga. Itu soal kedua. 


Itu baru bab curi selipar kat mesjid. Aku rasa kesalahan tuh dah besar sangat dah. Tapiiii..macam mana pulak dengan kes yang nih..masih berkaitan ngan masjid..Cerita sorang Mamak Bendahara, Ketua Negara mana yer..lupa pulak aku.. Alahhhh..yang tu tuhhhh...(kalau engkorang ambik tau pasal masalah negara tu..engkorang mesti tau punya lahhhh...). Maksud aku..TIPU DUIT PERUNTUKAN UNTUK MESJID. Aku tak tau betul ke salah. Kalau ler betul, apa cadangan engkorang. Patut disunatkan jugak ke atau kasi potong habih. Tolong jawab sikittt...


p/s Entri yg seterusnya pada setiap JUMAAT..insyaallah.





9 comments:

  1. Macam-macam perangai manusia ni..kat masjid pun dah tak segan buat dosa..

    ReplyDelete
  2. kat mane2 masjid pun same.. mesti ade yang hilang selipar.. x jumpe selipar, pakai selipar orang sesuka ati jer.. saya pun dah pernah terkena.. terpaksa balik rumah berkaki ayam.. kalau xpun, tunggu semua jemaah dah balik, baru carik.. kalau xde, pinjam jer selipar yang ader kat situ.. dah sampai rumah, hantar balek selipar 2 kat masjid..

    Putera Melaka,
    Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
    e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli


    p/s: Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    ReplyDelete
  3. kesian sliper ni...nak gi masjid pun org bwk lari :)

    ReplyDelete
  4. Same... selipar buruk kegemaran teman pun hilang disebat pas solat kat masjid. Huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. nasier to zureen @ mamaFebruary 7, 2010 at 10:18 PM

    salam..haaaa, tu la..diorang nih tak kira tempat dah..main sebat jer...

    ReplyDelete
  6. nasier to ahmad zulfadhliFebruary 7, 2010 at 10:24 PM

    tu lah..terjadi di mana2 mesjid..seolah olah dah jadi benda biasa. Orang bijak pandai ada cakap,' BETULKAN YG BIASA, BIASAKAN YG BETUL'.

    ReplyDelete
  7. tu lah ch@..aku ingat lepas nih aku kena bawak solex gi mesjid kottt...

    ReplyDelete
  8. diorang ni bukan kira tuan, selipar tu favourite kita ke apa..

    ReplyDelete
  9. haha.
    aku pun antara yang pelik dengan perangan manusia ni.
    masjid tu..
    kalau mencuri kat pasar ke lain.
    ini tempat suci pun mencuri..

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP