Saturday, November 7, 2009

salam perkenalannn...

assalamualaikum..


Salam pertemuan..salam perkenalan dari aku....untuk engkorang semua.


Pertama sekali aku ucap timakasihlah sbb engkorang semua sudi melawat ke blog aku nih..( chewahhh..dah jadik blogger ler pulak...). Biasanya orang akan letak gambar sendiri kat blog, supaya orang mudah kenal. Tapi aku tak naklah. Entahlah..aku tak tau kenapa. Nak kata aku ni tak hensom..huishh..tersangat ler salahnye statement tu. Nak kata aku ni pemalu..? Ehhh..takde ler pulak. Kalaulah disebabkan perut aku yang secara tak sengaja makin kedepan nih..huishh!! Lagi ler salahhh, sbb mak metua aku pernah cakap..dek kerana kehebatan perut aku nilah maka aku ni tergolong dlm kategori LELAKI GAGAH. Di ulang…LELAKI GAGAH !..Cuma kadang2 orang rumah aku je yg tersasul cakap..aku ni boroi. Ntah..confuse aku, tak tau mana satu yg betul. Tapi aku rasa, aku sokong cakap mak metua aku tuh. Yelahhh…takkan ler orang tua tu nak kelentong aku plak kannn..!!




Untuk pengetahuan, sebenarnya aku baru jer create blog nih..Jumaat 6 Nov 2009 (ambik berkat hari jumaat tuh..). Disebabkan masih baru..kepala aku pun masih pening2 lalat nak pikir..apa yang aku nak tulih sebagai posting aku yang pertama.




Sekalipun masih baru, tapi aku sangat berharap agar blog ini akan terus hidup selama mungkin. Dan bagi mencapai tujuan yang tersangat ler mulia nye tuh (aku rase ler )..maka aku sangat2 berharap agar engkorang yg diluar sana, dapat sama2 menyumbang bahan atau apa jugak cerita untuk dimuatkan dalam blog aku nih. Aku tak kesah cerita apa, asalkan jangan tajuk yang berat2..udah ler. Bahan2 atau cerita yang rengan dan santai. Tak yah ler kirim cerita, 'Kenapa H2 campur O, dia jadi teh tarik, atau pun cerita, 'Kenapa planet marikh tak ade manusia tinggal..' ker. Aku rase bahan yg macam tu tak berapa sesuai kat blog aku nih..salah tempat.


Kalau boleh aku nak bahan2 santai dan rengan, yg boleh menenangkan dan meringankan kepala ataupun menghilangkan strees apabila engkorang baca. Tak kesah ler apa pun. Umpamanya cerita, 'Kenape nenek ku kawin lari kat siam,' ker...atau pun cerite 'kucing terbang' ke...atau apa pun jugak. Yang penting sumbangan. Kepada bahan yang bakal disiarkan..aku bersama panel2 pemilih adalah dibenarkan membuat apa2 editing dimana2 yang kami rasa tidak berapa sesuai. Dan kepada penyumbang terbanyak pulak..engkorang akan dihadiahkan dengan pakej percutian 8 hari 7 malam ke ladang ternak harimau di Guatemala secara percuma...hehehee


So..apa tunggu lagi. Hantarkan sumbangan bahan atau cerita anda ke mrenkay@yahoo.com untuk kita sama2 berkongsi dengan orang lain yang diluar sana. Jangan sia2kan bakat anda. Tunjukkan kebolehan yang ada dalam diri. Serlahkan segala ilmu yang selama ini anda pendamkan. Akhir kata dari bijak pandai, harta kalau digunakan tanpa ilmu, ia akan habis..tapi ilmu kalau digunakan, ia akan terus berkembang.


Selamat maju jaya


( * posting seterusnya sebelum @ pada 20 Nov 2009 (Jumaat)..insyaallah)

3 comments:

  1. wahh..dah jadi blogger ler pulak kawan aku nih..

    ReplyDelete
  2. nanti aku antar citer lawak..2 kilo leh..

    ReplyDelete
  3. memang dari dulu aku tau engko tu..PERKASA GILER..!!

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP