Friday, December 25, 2009

Made in China..memang HAMPEHHH..!!!

Aku betul2 angin. Tak dapat aku nak ucap. Tak terkata. Yelahhh..daripada mula beli, sampai sekarang..kipas kat rumah aku nih tak habih2 problem. Masa mula2 beli dulu, takde langsung teringat nak check..made in apa. Tak terkenang langsung. Ingatkan ok jer semua. Barang pun nampak cantik..harga boleh tahan, boleh kira murah ler jugak. Dah tu pakai remote control plak. Apa lagi, terus ler angkat. Dua bijik sekaligus.


Sampai kat rumah aku mintak tolong jiran aku yang pandai bab2 karan(elektrik) nih tolong pasangkan. Macam serahkan kat pakar ler tu kann.. Aku tak nak ler buat sendiri. Bukan apa. Nanti takut sampai 8 hari 8 malam menggodek2..kipas tuh masih segan..malu2 nak pusing. Paling aku risau, bukan sbb tuh jer, tapi aku takut, nanti aku jadik BARBEQUE..sbb kena karan. Woiii..jangan main2 bab2 karan nih woiiii.. BULEHH JALANNN TUHHH.. Aku rasa, aku tak sedia lagi NAK POIE KEK SINUNNN (nak pegi ke sana)...


Jadi, aku kena serah dengan orang yang pandai. Tapi masalahnya..bila jiran aku tu habis jer gantung kipas tu dan petik suis..kipas tu tak nak gak jalan. Benda yang sepatutnya kacang jer boleh settle..tak menjadi. Banyak kali cuba..tekan2 remote control, tapi kipas tu masih camtu gak. Jiran aku yang tadi kata, ‘ alahhh..ni pasang kejap jer nih, 20 minit boleh siap’, dah mula berpeluh. Kesian aku tengok. Napas dah mencungap2 sbb turun naik tangga dah lebih 20x. Muka pun dah naik merah. Kerja yang sepatutnya selesai 20 minit tadi, dah lanjut jadik 2 jam lebih.


Akhirnya..dek sbb kesian, aku cakap ngan jiran aku tuh. Ok lah tuan..tak boleh, takpe lah. Nanti aku mintak tolong pakar lain tolong pasangkan. Yang penting dia dah cuba. Jiran aku tu cakap, sebenarnya dia pun pening giler cari apa masalahnya dengan kipas aku tu. Masih tak mau pusing. Lagipun bukan dia tak biasa buat. Dah berpuluh kipas dia pasang kat tempat lain..tak pernah ada masalah macam tuh. Lastly..jiran aku tu mintak diri. Dia mengalah. Tapi…walaupun kipas tak berjaya dipusingkan..aku tetap kena huluq ler jugak. Yelahhh..takkan mintak tolong kosong jer kann..kesian kawan tuhhhh…


Besoknya aku talipon kedai tempat aku beli kipas tuh. Tokey kedai tu pulak suruh aku call terus dengan supplier..tanyakan tentang masalah tuh dan comp tu janji, diorang akan hantar staff ke rumah aku untuk betulkan keadaan tersebut. Seperti yang dijanji, 2 orang staff comp tu datang kat rumah aku. Peralatan lengkap sungguh aku tengok, yang diorang bawak masuk ke rumah. Lepas diorang belek2 kipas tuh lebih kurang, tukar remote control yang lain..than tekan, terus jer kipas tu berpusing. Aikkkhhh..camtu jer. Senangnya. Cinabeng punya kipas. Niamasohai betol..engko mainkan aku aper..?


Nasib baik servis tuh tak kena charge. Masih dlm gerenti. Tapiii..sesungguhnya dengan sedih aku nak bagitau, yang kejayaan kipas tu berpusing tak lama. Selang beberapa bulan, dia meragam lagi. Kali ni..jugak sbb remote controlnye dah bengong. Aku terpaksa lak pergi ke company tu mintak ganti yang baru. Masih free.







Sekarang..walaupun kipas tu baru pakai tak sampai setahun..biolnya dah datang balik. Pun sekaligus..dua2 sekali dah jadik macam hampehh. Dah jahanam.. Yang satu langsung dah tak mau pusing langsung, walaupun kadang2 aku tekan remote control macam nak pecah. Yang satu lagi pulak dah pandai operate sendiri. Tak payah dah aku nak bagi arahan. Aku On suis jer..terus pusing sendiri. Dia pusing pun slow jer, buat gerak perlahan. Sedangkan sepatutnya..aku kena On suis dulu, than lepas tuh aku kena pilih dia punyer speed kat remote control tuh..Low, Medium atau High, than baru kipas tu akan berpusing ikut pilihan yang aku buat. Tapi sekarang takde dah. Hishh..lawan tokey betul..


Dah ler tu. Cukup ler takat tuh. Malas dah aku nak layan engko. Engko buat ler engko punya suka. Engko nak pusing, engko pusing..kalau engko tak nak pusing pun aku dah tak kesah. Yang pastinya..aku dah bagitau ngan orang rumah aku..tak lama lagi kipas tu bakal ku hantar ke tempat yang selayaknya..KEDAI BESI BURUK.





Macam tu ler jugak dengan kamera adik aku nih. Aku tengok made in china gak. Memang banyak jual kat kedai kamera. Dia punya brand PENTAX. Cantik boleh tahan. Tapi dah jahanam gak. Dah tak boleh guna langsung dah. Tapi kalau boleh guna, ambik gambar kucing tapi keluar gambar unte..lagi ler haru kan. Padahal guna belum sampai setahun pun. Hampeh punyer made in china...


Pengajaran : Lain kali..kalau nak beli barang apapun, tak kira ler barang elektronik atau bukan..jangan ler lagi beli yang made in china. Walaupun harga memang lebih murah kalau nak banding dengan yang lain, tapi kualiti out..hampehh. Biar ler keluar belanja lebih sikit, tapi barang yang kita beli ada kualiti, boleh tahan lebih lama. Betol tak..? Engko setuju ke ngan aku..?


p/s Entri seterusnya macam biasa, jumaat 1 jan 2010 @ selepas darinya..insyaallah. Dan..kali nih aku mintak maaf kpd yg nyambut kristmas sbb aku tak leh nak ucap MERRY CHRISTMAS kat diorang disbb perkara nih (rujuk disini). Wallahualam.

7 comments:

  1. ayah aku pesan dari aku kecik lagi... barang letrik sila beli yang branded ye... kalu tak jadilah kes gini, duit terbang hatipun sakit... ngoh hoh hoh...

    alangkah samsung pun buleh buat perangai lagikan pulak ntah cap ayam... bley tensen idop wooo... aku kalu barang letrik rosak mmg tak tenang idup..

    ReplyDelete
  2. betoi..barang china mmg murah tapi kualiti takde..begitu juga dgn sesetengah barangan malaysia..oleh sbb tu jgn salahkah kami jika tak membeli barangan buatan malaysia..haha

    ReplyDelete
  3. salam,

    bukan salah barang made in china...

    xpe, xpe...
    leh gak jual nanti...janji ade rege...

    HAPPY NEW YEAR
    selamat menyambut tahun baru 2010...

    ReplyDelete
  4. barang cina memang cmtu la.. susah nak cari yang tahan lama.. henfon die pn cmtu gk.. harga memang murah tp kualiti cm haram..

    ReplyDelete
  5. belila kipas KDK....menemani anda sepanjang hidup :) ye kot...

    ReplyDelete
  6. yup setuju.. barang2 china mmg x de kualiti..
    brg2 letrik mmg ptut beli yg branded2 ckit.. tahan lama.. hati pon puas.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam, alhamdulillah saya pakai kipas siling brand panausonik n kdk dah 5 tahun, masih oooperit baik lagi, bunyi2 tu ada la jugak tp masih ok, bateri AAA remote controlnya jarang tukar, tahan lama. barang kualiti insya Allah tahan lama.

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP