Friday, February 26, 2010

Aku manusia biasa..BOLEH CAKAP, TAK TENTU LAGI BOLEH BIKIN..!!!

MINTAK MAAF LAH YER..!!! Aku rasa itulah ucapan paling syahdu yang boleh aku beri. Biasa ler. Orang dah buat salah, kena ler mengaku. Dah janji tapi tak tunai, memang ler salah. Pandai cakap tapi tak pandai buat, memang ler silap. Janjiku untuk publish entri pada tiap jumaat, barai lagi. Tapiii..apa lagi yang boleh aku kata. Cuma sekadar itu. AKU..MANUSIA BIASA...


Manusia biasa..CAKAPNYA TAK SERUPA BIKIN. Boleh cakap, tapi tak tentu lagi boleh bikin. Boleh janji, tak tentu lagi boleh kota. Kata2 manusia..umpama menanam tebu di bibir. Boleh dengar, tapi jangan penuh percaya. Chehhh...dah melalut ler pulak aku nih...


Maaf sekali lagi. Bukan sengaja memberi alasan. Tapi itulah yg sebenarnya. Aku sibuk sikit minggu ni. Sibuk bantu menguruskan anak sedara yang nak masuk asrama. Anak adik ipar aku yg sakit, yg aku cerita dalam entri sebelum ni. UPSR baru ni dapat 5A. Dapat masuk MRSM Kuala Lipis. Baru jer daftar 17 Feb (Rabu) lepas.



( Aku lupa nak ambik gambar. Yang ni aku ambik dari sini )


Aku tengok, anak sedara aku ni nampak ok jer masa hari pertama daftar. Nampak relak, senyum jer memanjang. Mungkin dia rasa bangga. Daripada ramai2 orang yg mohon ke MRSM, dia antara yang terpilih. Masa kitaorang nak balik pun, dia masih boleh sengeh, senyum2. Takde nampak sedih langsung. Dan aku anggap semuanya settle...


Tapiiii...rupa2nya, adegan senyum2 dulu tu sekejap jer. Hari ketiga, Jumaat ( 19 hb ), dia talipon mak mertua aku..nangis2, merayu rayu mintak nak balik. Tak nak duk sana lagi dah. Macam2 alasan dia bagi. Kene buli ler. Asrama ada toyol ler. Nampak lembaga hitam ler. Pendek kata, macam2 alasan. Nasib baik dia tak kata nampak Wolfman .. Kalau tak memang sah aku sekeh kepala dia...


( The Wolfman, masih lagi hot kat panggung )


Mak mertua aku pulak talipon, cerita apa yg berlaku. Masa dengar dia cakap tu, aku senyum dalam hati. Aku terkenang masa dulu2. Masa aku sendiri nak masuk asrama, naik tingkatan 1. Sekolah baru aku, SMSNS atau nama barunya, STJ. Masa mula2 tau dapat masuk asrama memang bersemangat. Tak sabar nak pergi. Tambah lagi dapat kelengkapan sekolah, semua baru2. Masa nak pergi tu, ramai pulak yang ucap selamat. Tak kurang jugak yang bagi nasihat itu ini. Tapi bab yang paling best, diorang ni bukan takat hulur nasihat, tapi hulur duit gak. Diorang kata, untuk buat belanja masa kat sana. Kiranya banyak ler jugak collection yang aku dapat masa tu. Suka tak terkira. Rasa kaya sekejap. Yelah..kan ke aku nak pergi berjuang, kena ler cukup bekalan...heheheee


Tapi suka aku tu pun sekejap jer. Bila dah selesai semua urusan pendaftaran hari pertama dan tiba masa abah ( aruah ) nak balik dan meninggalkan aku sendiri menempuh dunia baru..aku rasa sayu sangat. Semangat aku hilang entah ke mana. Walaupun aku tak menangis, tapi mata aku merah ler jugak  Kalau boleh mau jugak aku pegang kaki abah, tak nak bagi dia balik. Masa diorang berlalu pergi, aku masih berdiri kaku melihat kenderaan yang abah naik, hilang dari pandangan.   


Semangat anak jantan. Sekali menapak, akan terus melangkah. Pantang undur sebelum berjuang. Takkan mengaku kalah sebelum turun ke medan. Berpantang maut sebelum ajal... Hishh..apa kena pulak aku kali nih. Cakap melalut lalut. Dah macam Hang Jebat ler pulak...


Ok lah. Cukup ler cerita pasal aku. Balik semula cerita anak sedara aku. Dalam kami berfikir fikir nak buat cam mana dengan masalahnya tuh, tiba2 hari Sabtu ( 20hb ), lebih kurang  pukul 6 pagi, henpon aku bunyi. Aku kalau henpon bunyi waktu2 pelik nih, aku suspen sikit. Aku tengok pulak no yg keluar kat henpon tu no mak mertua aku. Dalam kepala aku dah pikir macam2. Mesti hal anak sedara aku tu lagi. Aku cakap macam tu sbb dia dah warning, kalau tak jemput jugak dia balik rumah, dia nak lari dari sekolah. Fuhhh..terer betul ler budak nih...


Tapiii..yang sebenarnya, mak mertua talipon sebab lain. Mak sedara ( kakak mak mertua aku ) yang duk sebelah rumah, meninggal dunia. Baru je kejap. Sebabnya..sesak nafas. Kena pun tiba2 jer. Innalillahi wainna ilaihirajiunn..DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI. Ya Allah..mudahnya kalau Tuhan nak ambik nyawa. Aku terkedu sekejap. Membayangkan kiranya ia jadi kat aku. Apakah aku dah sedia..?Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku...


So, itulah yg berlaku. Aku kena balik kg (Kelate) lagi, walaupun aku baru jer balik sana belum pun sampai sebulan. Balik 3 hari. Dan selama tu jugak lah, aku tak sentuh laptop aku. Pada Isnin ( 22 hb ) lepas, baru balik ke KL semula.


Masa balik KL, kena singgah kat MRSM, jumpa anak sedara, nak settle kan masalah. Masa mula2 jumpa, muka dia memang dah muncung. Dia kata, nak ikut jugak kitaorang balik sekali, tak kira apa jadi. Puas kitaorang pujuk. Last2, lepas lebih 2 jam kena brainwash, akhirnya dia tarik balik keputusan. Aduhhh..lega betulll...


So sekarang, anak sedara aku tu dah ok. Dan waktu entri ni di publish, dia ada kat rumah aku. Cuti maulidur rasul 3 hari. Kitaorang pergi jemput dia semalam, Khamis 25 hb, lepas kerja. Saja tak nak bagi balik kelate. Takut dia ubah pikiran, tak nak balik semula ke asrama. Lagi ler haru nanti. Dan hari Ahad ( 28hb ) ni, kitaorang kena hantar dia balik semula ke asrama. Kalau nak kira, jenuh ler jugak. Tapi aku tak kisah. Yang penting, harapan kitaorang moga dia akan jadi manusia berguna suatu hari nanti dan dapat membela nasib keluarga. Aminnnn...


p/s   Aku tak berani nak janji dah, bila aku akan post entri yg seterusnya. Cukup ler 2x aku mungkir. Apa yang aku boleh kata, aku akan cuba menulis sekerap yg mungkin. Tapi yang pastinya, mulai penghujung Mac akan datang, komitmen kerja aku makin bertambah. Nak tau aku buat apa, akan datang aku bagi tau. Tunggu jer la yer....dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

3 comments:

  1. alahai, kena buli tu seminggu je, pastu dah ok dah. sama la kite dulu, 1st time duduk jauh ngn family, tapi kite suka sbb dpt ramai kawan baru :) bangga weih dpt dok hostel :D

    ReplyDelete
  2. baru nak masuk form 1...adik mummy 2minggu je kat uitm segamat.pastu call ayah mummy jgn dtg melawat wkend...dtg ari rabu.skali smpi die dh setel sndri kat HEP...hihi...tap skang Alhamdulillah, dpt masuk UUM lak pas stpm...

    ReplyDelete
  3. hehe...1st time masuk asrama mmg camtu...wawa dulu pun camtu gak...nangis2 nak balik...
    tp after 1month...dh syok dah dok hostel...siap family acah2 suh jadi outsider...huhhh nangis tak nak kuar hostel lak haha =)

    ReplyDelete

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP